
20 February 2012
Public Speaking Session

15 June 2010
5S dari Jepun

5 - Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)
p/s: Boleh juga diaplikasi dalam apa-apa organisasi mahupun kehidupan sendiri... (",)
14 November 2009
#6 Siri Tips Belajar – Growing Mind Map
Peta Minda yg berkembang – (Growing Mind Map)
Kelebihan:
· Semuanya bermula dari tengah
o Seperti jigsaw, apabila anda mulakan dengan gambar di tengah, anda dapat nampak overview topic dengan jelas.
o Ini adalah kerana tajuk/subtopic yg penting biasanya berada di tengah2 peta minda.
o Perkara di tengah adalah lebih penting dari perkara cabang.
· Nota yg lebih flexible
o dapat menambah ‘cabang’ baru bila-bila masa.
· Masa mengulangkaji yg lebih singkat
o kerana biasanya nota peta minda hanya 1-2 muka surat.
o Lebih direct- Ayat2 yg panjang dan tak perlu dibuang.
· Meransang kreativiti
o Gambarajah, warna, lukisan 3D, symbol, semuanya dapat membantu anda mengingat.
o Apabila anda melukis, membuat nota, sebahagian daripada memori itu akan trsimpan sebagai Kinaesthetic Memory – iaitu memori pergerakan tangan ketika membuat nota. Itulah sebabnya membaca sambil mencatat lebih efektif!
Kekurangan:
· Hanya anda faham nota anda (kawan2 mungkin menghadapi masalah jika mereka meminjam nota)
· Peta minda yg terlalu rapat dan padat akan menjadi serabut. Practice makes perfect.
· Pelajar menjadikan peta minda sebagai nota utama. Penting untuk diingatkan peta minda bagus untuk recall main heading, subtopic dan catatan penting. Tiada nota yg boleh menggantikan text asal. Itulah sebabnya cara yg terbaik ialah gabung teknik peta minda & conteng buku. (lihat #5 Siri Tips Belajar – Conteng Buku )
Contoh Mind Map:
13 November 2009
#5 Siri Tips Belajar – Conteng Buku
#5 Siri Tips Belajar – Conteng buku anda !!
Membuat nota ketika belajar boleh dibahagikan kepada 2:
1. Nota di atas buku (teks)
2. Peta minda
(menconteng) Nota di atas buku:
Kelebihan:
· Teknik ini sesuai untuk pelajar yg malas (untuk membuat nota di buku asing).
· Jimat & mudah (1 buku saja nk buka menjelang exam)
· Access yg lebih mudah kepada text asal.
· Comment, kritikan & tambahan kepada text asal.
Kekurangan:
· Buku yg diconteng tak sesuai diberikan kepada orang lain/jual.
· Kalau hilang buku, semua nota pun hilang.
Teknik :
1. Garis bawah (underline) – cara yg paling klasik.
2. Pendapat sendiri –
a. conteng pada teks
b. komen-komen kritikal (contoh eh, macam tak logic je.. betul ke?)
c. Kata-kata cikgu (contoh, “Yang ni penting, yg ni tak betul, yg ni keluar exam”
3. Simbol
a. “ ? “ untuk bahagian tak faham
b. “ ! “ fakta menarik
c. “ * “ rujuk semula (check)
d. ...lain2 simbol rekaan sendiri
4. Garis lurus & bengkok
5. Peta minda mini, pada mana2 ruangan yang ada.
Teknik yang disenaraikan hanyalah cadangan untuk membantu. Pelajar bebas memilih mana-mana teknik yang sesuai dengan personality masing-masing.
Adalah lebih baik jika men’conteng’ dan membuat nota pada buku dengan menggunakan pen/pensil warna. Jika buku yg hendak diconteng adalah berharga, gunakan pensil.
#4 Siri Tips Belajar – Study = Jigsaw
#4 Siri Tips Belajar – Study = Jigsaw
Salah satu kesilapan yg dilakukan oleh pelajar ialah, apabila membaca, mereka membaca dari muka surat 1 hingga akhir. Dengan harapan apabila baca semua, dapat ‘cover’ semua (topic).
Analogi tersebut mungkin boleh membantu menjelaskan teknik belajar yang lebih berkesan.
Perlaksanaan:
1. Bayangkan (kalau ada betul lagi bagus) anda menerima satu jigsaw puzzle baru dari rakan anda. Kotak besar. 1000 piece. Cantik. Anda bertekad untuk menyelesaikan jigsaw itu sehingga siap.
2. Faci meminta pelajar menyenaraikan teknik-teknik atau langkah yg akan diambil untuk menyelesaikan puzzle trsebut.
3. Bandingkan keputusan.
4. Buat kesimpulan dan kaitkan dengan teknik study pelajar.
Jawapan & Kesimpulan:
Antara jawapan yg ‘popular’”
· Melihat gambar pada kotak – untuk mendapat gambaran umum (overview)
· Mencari kepingan bucu dan mula menyambung dari situ.
· Asingkan kepingan jigsaw mengikut warna atau corak tertentu (contoh langit warna biru)
· Meninggalkan kepingan-kepingan yang ‘sukar’.
· Menyelesaikan kepingan yg mudah
Kaitkan dengan study?
o Melihat gambar pada kotak (sebelum mula mnyambung jigsaw)
· Mendapatkan overview penting supaya kita lebih jelas matlamat, apa yg hendak dicari.
· Overview pada buku boleh diperoleh: melihat tajuk2 besar. Membaca rumusan/kesimpulan di akhir topic/ jadual2 ringkas
o Menyambung kepingan dari bucu
· Ini adalah seperti perumpaan membaca buku “dari muka surat satu”. Ya anda mungkin boleh selesaikan. Tapi tanpa sokongan (support) dari teknik lain, anda akan kepenatan dan akan menghadapi masalah.
o Asingkan kepingan mengikut warna/corak
· Belajar mengkategorikan subject. Buat hubungkait (link) untuk mendapatkan hasil yg maximum. Contoh langit warna biru. Air pun warna biru. Apabila anda berjaya menyelesaikan lebih bnyak jigsaw, maka perbezaan antara air dan langit memudahkan kerja seterusnya.
· Cara? Buat jadual perbandingan. Lukis peta minda. Ingat membaca buku teks bukan seperti membaca novel (linear). Anda harus berfikir secara keseluruhan (total & comprehensive). Buat catatan ketika membaca.
o Meninggalkan kepingan sukar, selesaikan yg mudah.
· Sekiranya ‘tersangkut’ ketika study, teruskan dengan subjek yg lebih mudah.
· Seperti jigsaw, lama kelamaan apabila kepingan sudah tercantum, kepingan yg sukar juga akan menjadi mudah.
#3 Siri Tips Belajar - ‘Kesilapan' Teknik Membaca
#3 Siri Tips Belajar - ‘Kesilapan' Teknik Membaca
Teknik baca yg tidak efisyen boleh menyebabkan pembelajaran yg kurang berkualiti. Berikut adalah kesilapan ‘umum’ teknik membaca:
· Mula membaca buku dari Bab 1 (hingga akhir) tanpa focus
· Tidak menetapkan focus masa;
o Analogi – Cikgu yang baik tidak memberikan input sama ‘speed’. Contoh, maklumata yang penting, maka cikgu akan mengajar perlahan-lahan dan lebih focus. Maklumat sampingan, mungkin cikgu akan mengajar lebih laju (atau mungkin tak sentuh langsung)
o Seperti mengajar, membaca buku juga perlu mengambil prinsip yang sama. Tidak semua maklumat dalam buku memerlukan focus dan masa yg sama.
· Tidak jelas gambaran umum (overview) buku.
o Membaca buku ialah seperti menyelesaikan jigsaw puzzle. Kita perlu dapatkan gambaran umum sebelum memulakan pembacaan.
o Bila dah dapat overview (tajuk2, subtopic), lebih senang untuk memulakan pembelajaran.
o Sila rujuk #4 Siri Tips Belajar – Study = Jigsaw
· Tidak tahu apa yang mahu dipelajari dari buku.
o Apabila tidak tahu apa yang mahu dipelajari, otak akan melayang. Janganlah membaca buku teks seperti membaca buku novel.
o Senaraikan subheading ; matlamat study (contoh popular ‘What, Who, When, Why, How)
· Belajar/baca terus menerus tanpa henti.
o Bayangkan anda mengambil keputusan untuk belajar 2 jam.
o 1 jam pertama anda belajar, walaupun susah, tetapi anda perasan terdapat progress anda semakin faham subjek yg dipelajari (dengan kata lain ‘dah dapat rentak’ study).
o Persoalan > Patutkah anda berhenti dan berehat?
o Survey menunjukkan 90% tidak berhenti, sebaliknya meneruskan belajar (sebab takut hilang ‘rentak’)
o Namun kajian menunjukkan langkah terbaik ialah berhenti berehat sebentar (sila rujuk #1 Siri Tips Belajar - ‘Graf SEMASA Belajar )
Bagaimanakah untuk belajar dengan lebih efisyen?
Teruskan membaca siri seterusnya.
=p
03 November 2009
..keeping the motivation all high.
..keeping the motivation all high.
One fundamental aspect of motivation that often been overlooked by us all (Faciteam members) is to keep their (student) motivation all high – post-programme.
I remember how our Senior members (Senior Berempat) has always stressed the importance of follow-up. They even has coined up the term Touch & Go to such programmes where we fail to establish contact after program.
Failure to do so is pitiful. For not always these bright children (like us, the youth of nation) get the chance to meet their brothers & sisters in university motivate themselves – only to be forgotten weeks later (or even days?).
Solutions?
Few have resort to suggest conducting follow up sessions; either it a one-session sharing moments, iftar, bowling/futsal tournament. The effort is good. But i belief to cater every single school (even some school has twice or more programs per year) for follow-up is just being unrealistic.
Besides, such follow-up is indirectly linked to their motivation. By motivation i mean what they get from the program; the mindset, their purpose in life, their aim, their weakneses (and promises).
These are the aspect that needed to be kept high, even weeks (or months) after the program.
As such i would like to suggest:
- · Suprise Letters –
i remember in one of the programs, Faciteam has make out a move to send letters to themselves, maybe after a month post-program. The content? POA & Surat Akur Janji. I like this concept because as time goes by, the student will get letters out of the blue. From whom? Themselves. As a reminder of their own promises and list of things to be accomplished.
- · (Reminder) Cards –
Malay Millionaire Azizi Ali, when asked about his success, takes out something our from his wallet. Cards. Laminated. Few of them. All were his aims, missions, targets – all written (i would say printed) clearly, with dateline and time frame. Azizi Ali has already proved to us that this is one among his way to be a millionaire, why not we take lesson?
=)
Perhaps we could get a piece of cardboard, cut it to fit your wallet (or make it the same size as any common bank cards). Then the student can write to their cards, whatever they wish (they can have more if they wish. Beside some of us even kept unwanted rubbish & unused cards in our wallets)
Perhaps and hopefully, as they search their wallet for extra money in the future, they’ll stumble upon one of these cards, and be reminded of things they wrote.
=)
- · Class notice board –
actually i was thinking of using the class notice board to post everybody’s mission/POA. I m not sure of its practicality, and i believe cooperation from everyone (especially the class monitor) is needed. Understandbly, not everyone like their purpose and aim posted for others to read. But actually its a good way so that people can compare ... and also remind each other (e.g. kalau ahmad tulis “Nak jadi rajin, tak nak tido dalam kelas”..mungkin kawan dia boleh perli dalam kelas “Hai Ahmad, kata nk rajin xnk tido.. cam sama je.. PMR dah dekat”)
Perhaps this method is suitable with those with shorter aim & mission (e.g. PMR, SPM).
- · Social Networking – Facebook, Friendster is a good platform to follow-up. Although sometimes things can turn out to be to social... and be reminded also of the time (loss) factor. They need to study. So do we. All these social networking is addictive. Be wise.
- · SmS – some have tried. I don’t recommend much. So far i’ve seen that SMSing student will end up becoming too personal. Sometimes the faci can’t even have the peace of his mind (when the student called for hours nearly every day).
- · Other methods – other classic method include to slip it inside books/Quran, all with the same concept – so that one day they’ll stumble upon the reminder and be reminded to take action subsequently (hopefully)
02 November 2009
#2 Siri Tips Belajar - Graf SELEPAS belajar
Jika diminta memplot graf memori sendiri selepas belajar, rata2 orang akan melukis graf yg condong (memori / % perkara yg diingati menurun) seperti:
Namun sebenarnya tidaklah begitu.
Memori selepas tempoh belajar sebenarnya meningkat seketika, sebelum turun. Malah semasa proses penurunan memori berlaku juga tidak berlaku pada kelajuan yg sama (lihat graf).
Lihat graf pada “A” didapati kebolehan memori untuk recall meningkat buat masa yg singkat. Ini tidak menghairankan kerana ketika sesi pembelajaran, otak tidak sempat untuk menghubungkaitkan matlumat yg diperoleh (integration).
Sejurus selepas itu, dalam tempoh 24 jam kebolehan memori didapati menurun, iaitu pada “B”.
Kajian menunjukkan lebih kurang 80% maklumat baru yg kita belajar, jika tidak diulang(kaji) akan hilang. Graf itu kemudiannya akan menurun dengan lebih perlahan pada “C”, di mana sesetengah maklumat didapati bertahan lebih lama. Namun maklumat yg tersimpan pada “C” amatlah sedikit.
Apa yg boleh kita pelajari (dan perbaiki)?
Justeru, satu teknik/jadual mengulangkaji yg khusus perlu dibuat supaya kita tidak belajar dengan ‘sia-sia’ (bayangkan lebih 80% hilang dlm 24 jam).
Contoh (yg diberi dalam buku Use Your Head by Tony Buzan)), ulangkaji hendaklah dijalankan dengan 3 peringkat, supaya maklumat dapat bertahan lebih lama.
Peringkat pertama – mengulangkaji dalam tempoh 10 minit selepas tamat kelas. Tempoh ulangkaji itu juga hendaklah 10 minit. Lakukan secara konsisten. Ini akan membantu memori anda bertahan untuk 24 jam.
Peringkat kedua – mengulangkaji dalam tempoh 24 jam. Tempoh yg diambil untuk ulangkaji 2-4 minit. Ini akan membantu anda ingat maklumat dalam tempoh seminggu.
Peringkat ketiga (dan seterusnya) – mengulangkaji setelah seminggu. Tempoh diambil 2 minit sahaja.
Setelah itu teruskan mengulang dlm tempoh sebulan. Selepas itu (harapnya) maklumat yg diperoleh akan bertukar menjadi Long term memory.
Ini adalah kerana bagi setiap ulangkaji yg kita lakukan, baseline memory kita semakin meningkat tanpa kita sedar. (lihat graf)
Itulah sebabnya kita memerlukan ulangkaji yg lebih kerap, terutamanya di awal waktu selepas proses pembelajaran.
Nota:
- Untuk sesi mengulangkaji, adalah penting bagi pelajar membuat sendiri ringkasan topic & nota penting bagi menjimatkan masa.
- Pelajar juga boleh menulis sendiri nota, keluarkan apa yg tersimpan di minda (tanpa melihat nota). Setelah selesai kemudianya melihat untuk semak maklumat yg tertinggal.