Showing posts with label Mass. Show all posts
Showing posts with label Mass. Show all posts

04 November 2009

Sandwich Pisang


Tajuk: Sandwich Pisang

Objective:

- Mengambil pengajaran dari kisah pisang.

Persediaan:

- Fasi (yg pandai bercerita)

- Sandwich pisang (kalau sesape berminat nk buat/makan la)

Perlaksanaan:

1. Fasi memulakan cerita:

Pada suatu hari 2 orang pekerja buruh Ahmad & AhChong sedang berehat dan bersedia untuk makan tengahari. Maka terjadilah perbualan seperti berikut:

Ahmad: Alahai, sandwich pisang lagi. AhChong, kau bawa apa untuk lunch? Aku bawa sandwich pisang. Tukar nak?

AhChong: Haiya Ahmad. Gua tak suka itu pisang la.. Sandwich pisang ka? Haiyyoo..

Ahmad: O ye ke.. Kalau camtu tak mengapalah AhChong. Apa nak buat. Makan je la. Bon Appetite.

Keesokkan harinya, pada waktu tengahari:

Ahmad: Pisang oh pisang.. Kenapa la harini aku kena makan ko lagi. Sandwich pulak tu.. Eh AhChong. Jom la tukar lunch sama gua punya.

AhChong: Haiya itu simalam gua sulah bagitau, gua talak suka sama itu sandwich pisang. Lu makan la dah lu bawak.

Ahmad: Haa ok ok la.. Tak nak tak pe. Jangan la lecture gua pulak.

Keesokkan hari, di tempat yg sama:

Ahmad: AhChong, lu besfren gua, apa kata kita tukar lunch, skali je... please... come la AhChong, takkan skali pun tak boleh.

AhChong: Hai Ahmad, lu ni sulah gila ka? Gua sulah bagitau gua talak suka pisang. Kalau lu tak mau makan sandwich pisang, lu suloh la itu you punya wife masak benda lain..

Ahmad: Wife? Haha AhChong, saya belum kahwin mana ada wife. Sandwich ni gua buat sndiri la..

2. Teruskan dengan sesi perbincangan dan kesimpulan. Jika peserta pasif, boleh diskus dan menulis di atas kertas, bentang di hadapan rakan2.


Kesimpulan:

- Sendiri mahu, sendiri harus tahu.

- Jangan fikir nak apa yg milik orang lain punya je, focus untuk improve diri sndiri.

- Bertindak. Jangan mengeluh je, tanpa tindakan.

- Orang yg bodoh mengulangi kesilapan yg sama tiap-tiap hari.

- ... dan banyak lagi.. (sila tambah pada bahagian komen)

=)

Baby Lesson



Tajuk : Baby Lesson

Objective:

- Mengambil pengajaran dari seorang bayi.

Persediaan:

- Akal yg sihat

- Gambar/ video baby (optional)

Perlaksanaan:

1. Faci memulakan dengan trigger: “Baby” Apakah yg anda terbayangkan?

2. Bincangkan (boleh juga minta tulis di atas kertas dan baca, bagi kumpulan yg agak pasif)

3. Teruskan dengan kesimpulan.

Variasi modul – boleh dijadikan Mass, pembentangan antara group.

1. Faci boleh meminta pelajar menulis ciri2 seorang baby pada kertas mahjong (kalau nk canggih, guna laptop & projector, tapi faci kena ‘baik hati & redho kasi pinjam la.. berkorban la katakana, insyaAllah xrosak punya.. huhu)

2. Faci menerangkan bahawa terdapat beberapa ciri khas pada baby yg dikehendaki. Kumpulan paling hampir dengan ciri yg ditentukan dikira pemenang.

3. Kemudiannya peserta boleh bentangkan idea masing2.

4. Faci akan menilai idea pembentangan. Kumpulan yg paling dekat kesimpulan/pengajaran dikira pemenang.

Kesimpulan:

1. Baby : baring > pusing > merangkak > berdiri > berjalan > berlari. Kesemuanya mengikut turutan! Step-by-step.

2. Tiada bayi yg dilahirkan terus boleh berlari. Begitu juga dengan orang yg berjaya. Mereka semua melalui proses untuk berjaya.

3. Observant.

Melihat contoh dan ikut. Contoh, melihat parents boleh jalan, dia pun nk bangun n jalan. Tengok parents pakai baju/tudung. Dia pun amik kain & serkup kepala.

4. Baby: Berdiri; jatuh. Berjalan; tersungkur. Ya benar baby menangis, namun pernahkah anda melihat baby yg merajuk dan takut terus tak nak belajar jalan? – Tiap2 hari baby gagal (dan sakit! Sbb jatuh).. tapi bagaimana pula dengan kita? Takut gagal sebelum mencuba. Itu pun x sakit..

5. Baby : kreatif dan berusaha mencari jalan.

Contoh 1

· Berdiri, jatuh. Cari tiang/dinding, pegang 2 tangan.. Dah stabil.. pegang 1 tangan.. lepas... berjaya.

Contoh 2

· Nak makan coklat. Mintak mak. Mak tak kasi. Buat muka manja. Mak tak kasi. Nangis. Mak tak kasi. Nangis kuat2, baring & jerit2 atas lantai. “Ok la, mak kasi.. tapi lepas ni diam!” (dah dapat coklat mesti la diam, mmg tu pun tujuan dia nangis) - *huhu sori contoh tak berape senonoh.

Pengajaran?

· Kreatif mencari jalan.

· Step-by-step: memula mintak lembut. Lepas tu pujuk. Tak jadi, nangis. Tak jadi jugak... tantrum (huhu).

· Berani mencuba dan mengambil risiko (kalau nangis, kena pukul camne?) tapi still berani jugak.

· Keinginan yg kuat dan memuncak (“Bila aku kata nk coklat, nak jugak..! Mak kena bagi.. I’ll get what i want!”)

6. Kita semua pernah jadi baby. Kalau dulu kita berusaha dan berjaya (berjaya berdiri, berlari), kenapa sekarang tidak lagi?

=)

Ujian Pendengaran


Tajuk : Ujian Pendengaran


Objektif:

1. Menilai kewaspadaan mereka pada program (alert)

2. Menceriakan suasana dan menaikkan mood

3. Isi mase terluang


Arahan (faci kene yakin n selambe):

1. Ini adalah ujian pendengaran bukan ujian penglihatan (bace dengan nada tegas sebiji2 dan ulang 3 kali)

2. Faci senyum….cakap”hampir semua pelajar y nak masuk uia telah melakuka ujian ni, namun, kurang dari 10% Berjaya…jadi abang/akak cabar adik2 untuk menjawab soalan ini….” ++

3. Abang/akak akan bace arahan ini sekali sahaja….tiada ulang tayang/ulang suare ye…. Dengar betul2…

4. Ambil satu barang sbg contoh…pen…

5. Cakap…”ini pen” (sambil tunjuk pen tersebut….)

6. Ambil satu lagi barang sbg contoh…buku…

7. Cakap “NI buku” (sambil tunjuk buku tersebut…)

8. Soalannya….NI ape? (sambil angkat pen y tadi tu…..

9. Mintak wakil….kalo xde, pilih ramdom je….pandai2 la faci nak hidupkan suasana…

10. Jawapan = NI buku…(sambil angkat pen td…) tau kan sbb ape jawapan die…. faci tanye NI buka ini….

11. Jangan lupe resolusinya….tanye ape y dorang rase, n dapat…(pengajaran la…) pastu, faci gulung la….



Kesimpulan :

1. Alert

2. Dengar arahan betul2 esp mase belajar dalam kelas…

Variasi (diambil dari comment to this post)


Boleh juga bagi arahan:

"Ini" pen (smbil angkat pen).
"Itu" buku (smbil tunjuk buku).

Kemudian teruskan dengan bertanya:

"Ini" apa? (smbil pegang kertas /atau apepe objek slain pen contoh)
>>jawapan dia sepatutnya "Ini" pen..
sebab sekarang ni ujian pendengaran, bukan ujian penglihatan (kalau orang tutup mata pun boleh jawab)


Likewise..

"Itu" apa? (fasi boleh tunjuk apepe objek, meja ke, lantai ke, kerusi ke)
Jawapan dia > "Itu" buku"

Sebab?
Kalau perasan mula arahan tadi Fasi dah designate awal2:

Ini = pen
Itu = buku

So.. tak kisah la fasi tunjuk objek ape pun, jawapan dia tetap:
Ini = pen
Itu = buku

*sebab skrang ujian pendengaran..*
Selamat mencuba!
=)

Ujian Penglihatan



Mass : Ujian penglihatan


Objektif:


1. Menilai kewaspadaan mereka pada program (alert)


2. Menceriakan suasana dan menaikkan mood



3. Isi mase terluang



Cara2nya:

1. Ini adalah ujian penglihatan bukan ujian pendengaran (bace dengan nada tegas sebiji2 dan ulang 3 kali)

2. Faci senyum….cakap”hampir semua pelajar y nak masuk uia telah melakuka ujian ni, namun, kurang dari 10% Berjaya…jadi abang/akak cabar adik2 untuk menjawab soalan ini….” ++

3. Abang/akak akan bace arahan ini sekali sahaja….tiada ulang tayang/ulang suare ye…. LIHAT betul2…

4. Buat la ape2 gaye pun yang di serasikan dengan nyanyian….bile habis nyanyi..stop buat gaya tu, dan bercekap pinggang/memeluk dada….(pilih satu), lepas tu letak tangan seperti biase kat tepi badan….

5. Soalannya : sape boleh buat gaya sambil nyayi seperti y abang/akak buat td….

6. Mintak wakil….kalo xde, pilih random je….pandai2 la faci nak hidupkan suasana…

7. Jawapan = kene buat gaya fc td (xnyanyi pun xpe…sbb bukan ujian pendengaran) n kene dan bercekap pinggang/memeluk dada selepas itu…baru la selesai…

8. Jangan lupe resolusinya….tanye ape y dorang rase, n dapat… (pengajaran la…) pastu, faci gulung la…


Kesimpulan :

1. Alert

2. Tgk betul2 esp mase belajar dalam kelas…

03 November 2009

Siapa Paling Banyak Berkuasa



Tajuk: Siapa Paling Banyak Berkuasa

Objektif:

- Menguji kepekaan peserta

- Persepsi berbeza menghasilkan tindakan berbeza.

- Memupuk semangat tolak ansur dan kerjasama

Persediaan:

- Gmbar slide (optional, boleh download)

- Faci pemerhati

Perlaksanaan:

1. Pelajar berkumpul di tempat lapang.

2. Faci memberi arahan supaya berjabat tangan.


3. Arahan seterusnya “Kita nak main tarik2 sikit. Caranya mudah. Siapa dapat tarik tangan kawan lebih 90 darjah paras siku, dapat 1 markah. Siapa paling banyak, berkuasa.. Ok sedia? Mula..!”

4. Faci membiarkan peserta menarik tangan kawan masing2. Masa diberikan 2 minit.

5. Pada masa sama, faci hendaklah memerhatikan (take note!):

- Peserta yg tarik tak nak lepas (tak bagi ‘chan’ kat kawan dia – mentang2 dia kuat)

- Peserta yg sama kuat (dua2 tak nak mengalah, tangan mereka mcm tak gerak)

- Peserta yg tarik mcm sorong papan tarik papan.

6. Setelah tamat, faci tenangkan peserta.

7. Faci tanya, (yg tarik tak nak lepas) > “Kamu dapat berapa?”

8. Kemudian meneruskan pertanyaan > (yg sama kuat) “ Kamu dapat berapa markah?)

9. Akhir skali, faci bertanya kepada yg sorong papan tarik papan “Kamu?”

10. Kemudian faci bertanya kepada semua? “Siapa paling banyak?” Siapa paling berkuasa?”

11. Teruskan dengan sesi kesimpulan.

Kesimpulan:

- Dengar dan tafsir arahan dengan teliti. Faci memberi arahan, “Siapa paling banyak, berkuasa.” Bukan siapa paling ‘kuat’.

- Walaupun anda sangka anda lebih banyak (tarik tak nak lepas), tapi sebenarnya peserta yg tolak ansur dapat paling banyak markah (“aku bagi kau satu, ko bagi aku satu) Win-win situation

- Buang persepsi yg ada. Fokus pada arahan.

D - U - A - P - U - L - U -H


Tajuk: Dua Puluh Perkataan

Objektif:

- Sebagai demonstrasi bagaimana persepsi boleh menghasilkan end-product berbeza

- Melatih peserta peka dengan arahan.

Persediaan

- Projector (kalau tiada, pakai whiteboard pun xpe)

- Slide / Gambar (sila download di sebelah kanan)

Perlaksanaan:

1. Peserta berkumpul di dewan (mass)

2. Faci menunjukkan slide dan memberi arahan “Sila tulis dua puluh perkataan dari huruf2 yg diberikan di depan ini. Masa diberi seminit. Abang (faci) nk tengok berapa banyak antara kalian semua ni berjaya tulis... . Ok, sedia? Mula.”

3. Setelah selesai, faci bertanya siapa dapat? Minta pelajar menyebut perkataan yg ditulis.

4. Faci membuat demo:

“Abg boleh tulis dua puluh perkataan dalam masa 30 saat je. Tengok ya..”

5. Faci menulis di hadaBoldpan pentas (whiteboard – jika ada) D – U – A – P – U – L – U – H – P (hingga akhir perkataan)

Kesimpulan:

- Peka dengan arahan

- Tnya dulu sebelum mula. Kalau tak boleh tnya, bersedia untuk sebarang kemungkinan (tulis je semua cara)

- Persepsi awal boleh mengubah cara kita fikir, dan seterusnya memberi kesan kepada end-product

01 November 2009

Telur-Telur tu..


** modul ni agak kontroversial. Nk minta pendapat rakan2 skalian mengenai kesesuaian perlaksanaan modul ni **

Objektif:
  • menjelaskan kepentingan memahami makna bahasa Arab dalam penghayatan ibadah (esp solat)
Perlaksanaan (Modul Mass):
  • PERHATIAN : Modul ni sesuai untuk pelajar Muslim sahaja. (Head Fasi take note!). Ia mungkin mengganggu sensitiviti sesetengah kaum.

1. Kumpulkan pelajar dalam mass.
2. Tayangkan video ini:



3. Faci boleh meminta pelajar ikut gerakan/sebutan bg memeriahkan keadaan.
4. Setelah beberapa minit, tenangkan pelajar sebelum teruskan sesi kesimpulan. Pastikan keadaan menjadi tenang dan serius sebelum faci memulakan kesimpulan.
5. Boleh juga meminta beberapa wakil pelajar untuk tampil ke hadapan memberikan kesimpulan.

Kesimpulan:

Antara soalan/trigger yg boleh diberikan:
  • "Apakah pendapat anda tentang orang yg hanya mengikut2 tanpa faham makna/tujuan perbuatan itu?"
  • Sia-sia?
  • Orang yg baca Quran /Solat (tanpa faham maksud) serupa dengan sebut sebutan hindi (tak faham maksud jugak).
  • Tak mencapai objektif? (tujuan - dalam konteks modul ni, ibadah)
Kesimpulan lain:
  • Benar walaupun xfaham, kita dapat pahala.. Namun, berusahalah meningkatkan ilmu (walaupun sukar) supaya faham. Ibadah yg terbaik ialah ibadah yg disertai ilmu.
  • Jangan ikut semata2. Untuk mendapat penghayatan, haruslah berusaha sndiri mencarinya.

p/s:
Ok kah modul ini?
Sesuai? Tak sesuai?
Ok je? Ke tak senonoh?