Showing posts with label Games. Show all posts
Showing posts with label Games. Show all posts

20 February 2012

Checkpoint: Kapal Terbang Kertas


Alatan: Kertas A4 & tanda X.
Prosedur:
1. Adik-adik dikehendaki membuat sebuah kapal terbang kertas.
2. Kapal terbang kertas yang telah dibuat dilepaskan mengikut kehendaki oleh adik-adik.
3. Fasilitator meletakkan tanda X pada tempat yang telah ditetapkan.
4. Adik-adik diminta untuk membaling kapal terbang tersebut untuk sampai pada tanda X yang telah ditetapkan.
Rasional:
1. Setiap apa yang kita lakukan mestilah berfokus dan ada hala tuju. Jika tidak usaha, kita akan sia-sia /berserabut seperti keadaan kapal terbang yang diterbangkan tanpa tanda x.

Checkpoint: Bahtera


Alatan: Tali rafia.
Prosedur:
1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyusun kumpulan masing-masing membentuk satu „bahtera‟ sebelum dilepaskan menggunakan tali rafi yang disediakan.
2. Provoke adik-adik dengan menyatakan „susunan‟ tersebut adalah satu strategi untuk pelayaran adik-adik.
3. Ketua fasilitator akan melepaskan kumpulan tersebut apabila mereka memenuhi „syarat-syarat‟ yang dikehendaki.
Rasional:
1. Muamalah mestilah dijaga diantara lelaki dan perempuan dalam setiap apa yang kita lakukan.

30 November 2009

Ya, Tidak, Err.., Emm...



Objektif:

1. Ice-breaking

Material:


Tiada

Pelaksanaan:

1. Setiap peserta mencabut nama rakan lain. Pastikan tiada yang mendapat nama sendiri.
2. Setiap peserta akan bertanyakan 2 soalan kepada rakan yang dicabut namanya. Contoh: Adakah anda lelaki?, Adakah anda sedang memakai baju kurung?
3. Rakan yang ditanya dikehendaki menjawab soalan TANPA menggunakan perkataan Ya, Tidak, Err, atau Emm.
4. Jika perkataan tersebut digunakan sebanyak 2 kali, peserta terkeluar permainan.
5. Teruskan permainan beberapa pusingan, dengan mengeluarkan nama peserta yang terkeluar pada setiap pusingan.

Rumusan:

1. Menguji kepekaan semasa permainan dijalankan.
2. Kita harus berfikir sebelum bertindak.
3. Akur bahawa setiap tindakan, ada kesannya.


21 November 2009

Siapa Paling Layak?


Objektif:

1.group binding
2.untuk melihat p0ntensi diri setiap pelajar

Perlaksanaan:

Fasi akan membahagikan pelajar-pelajar kepada 4 kumpulan.

Kumpulan 1: Tukang kayu
Kumpulan 2: Ahli Sihir
Kumpulan 3: Tukang Jahit
Kumpulan 4: Tukang Masak

Fasi mula bercerita. Di dalam sebuah penjara, seorang banduan yang merupakan seorang tukang kayu sangat berasa sangat bosan. Dia kemudiannya berjalan-jalan di kawasan lapang penjara dan menjumpai kayu. Dia mendapat idea untuk mengukir kayu itu menjadi seorang lelaki dan meninggalkan patung lelaki itu di situ.

Keesokkannya, seorang banduan yang merupakan ahli sihir menjumpai patung lelaki yang diukir oleh tukang kayu semalam. Dia menggunakan kuasanya dan menjadikan patung lelaki itu seorang lelaki hidup. Lelaki itu berjalan-jalan di dalam penjara tanpa memakai sehelai baju.

Kemudian, apabila berjumpa dengan seorang banduan yang merupakan tukang jahit, dia menjahitkan pakaian untuk lelaki itu. Lelaki itu berasa sangat lapar dan hampir mati kelaparan. Nasib baiklah ada seorang banduan yang merupakan tukang masak menjumpainya. Lalu, tukang masak itu memasakkan makanan untuk lelaki itu supaya lelaki itu tidak mati kelaparan.

Persoalannya sekarang, siapakah yang paling layak untu memiliki lelaki itu? Adakah tukang kayu yang telah mengukir kayu menjadi patung manusia? Adakah ahli sihir yang telah menjadikan patung itu kepada seorang lelaki? Adakah tukang jahit yang menjahitkan baju kepada lelaki itu? Ataupun tukang masak yang menyelamatkan lelaki itu dari mati kelaparan?

Setiap kumpulan akan diberi 5 minit untuk diskusi kenapa dia yang paling layak mendapatkan lelaki tersebut. Kemudian, setiap kumpulan diberi masa 20 minit untuk berdebat.

Jawapannya, tiada seorang pun yang layak mendapatkan lelaki tersebut kerana apa yang mereka buat telah menyalahi undang-undang penjara. Mereka sepatutnya melakukan aktiviti harian yang telah ditetapkan oleh pihak penjara dan bukannya melakukan apa yang telah mereka buat untuk lelaki tersebut.

Resolusi:

1. Setiap manusia ada peranan dan kelebihan masing-masing. Perlulah saling lengkap-melengkapi.
2. Sebagai pelajar, jangan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang sekolah atau ajaran ibu bapa dan guru.

p/s: Module ini sama dengan module "Parachute" dan bahagian-bahagian rumah. Lebih dikenali sebagai Debat Perdana.

14 November 2009

Baby if you love me…


Baby if you love me…


1. Everyone sits in a circle, with one person IT.
2. IT picks someone they want to try and make smile and starts out by saying “baby if you love me, please smile”.
3. Then, IT can say or do anything they want (camp appropriate) to make them smile except tickle them.
4. The “love interest” person must say “baby I love you but I just can’t smile” three times without smiling. If he can’t, he becomes the new IT.

Suggestion:
Instead of using 'baby', recite the students' name as a form of taaruf..

Source:

Ah- Soh- Koh


Ah- Soh- Koh

Objective:
- to cheer up the mood in group during LDK session

Steps:

Everyone sits in a circle, and learns the 3 commands and their movements.

1) Ah – the person says “Ah” loudly, and takes their left or right arm across their chest, pointing at the person next to them
2) Soh - the person says “Soh” loudly, and takes their left or right arm above their head, pointing at the person next to them
3) Koh – the person puts both arms together in front of them and point to someone else, anywhere in the circle.

The phrases must always go in that order, and each phrase needs its correct hand motion. You go when you are pointed at by someone next to you using “ah” or “soh,” or by someone across from you using “koh.” When you are “koh”ed at by someone you can either start again with “Ah” or put your hands up and say “nooooooo.” If you say “noooooooo” then the person who said “koh” has to start again with “Ah.” If you mess up, you step out of the circle and walk around the outside trying to confuse people by shouting random words.


Bila Mata Bertemu Mata


Bila Mata Bertemu Mata


Objective:

- Selingan dalam LDK mengelakkan mengantuk.

Perlaksanaan:

1. Pelajar duduk dalam bulatan.

2. Lantik seorang ketua untuk memberi arahan. Ketua akan memberi arahan seperti “1-2-3” atau “1-2- petik jari”.

3. Mulakan permainan dengan semua tunduk ke bawah.. Pelajar kemuadian diarahkan (seperti langkah 2) melihat wajah/mata mana-mana rakan secara rawak. Pelajar hendaklah jujur dan tidak mengalihkan pandangan.

4. Jika mata bertemu mata, kedua-dua pelajar dikira ‘kalah’ (out)

5. Teruskan permainan sehingga tinggal 2 orang terakhir.

04 November 2009

Ujian Pendengaran


Tajuk : Ujian Pendengaran


Objektif:

1. Menilai kewaspadaan mereka pada program (alert)

2. Menceriakan suasana dan menaikkan mood

3. Isi mase terluang


Arahan (faci kene yakin n selambe):

1. Ini adalah ujian pendengaran bukan ujian penglihatan (bace dengan nada tegas sebiji2 dan ulang 3 kali)

2. Faci senyum….cakap”hampir semua pelajar y nak masuk uia telah melakuka ujian ni, namun, kurang dari 10% Berjaya…jadi abang/akak cabar adik2 untuk menjawab soalan ini….” ++

3. Abang/akak akan bace arahan ini sekali sahaja….tiada ulang tayang/ulang suare ye…. Dengar betul2…

4. Ambil satu barang sbg contoh…pen…

5. Cakap…”ini pen” (sambil tunjuk pen tersebut….)

6. Ambil satu lagi barang sbg contoh…buku…

7. Cakap “NI buku” (sambil tunjuk buku tersebut…)

8. Soalannya….NI ape? (sambil angkat pen y tadi tu…..

9. Mintak wakil….kalo xde, pilih ramdom je….pandai2 la faci nak hidupkan suasana…

10. Jawapan = NI buku…(sambil angkat pen td…) tau kan sbb ape jawapan die…. faci tanye NI buka ini….

11. Jangan lupe resolusinya….tanye ape y dorang rase, n dapat…(pengajaran la…) pastu, faci gulung la….



Kesimpulan :

1. Alert

2. Dengar arahan betul2 esp mase belajar dalam kelas…

Variasi (diambil dari comment to this post)


Boleh juga bagi arahan:

"Ini" pen (smbil angkat pen).
"Itu" buku (smbil tunjuk buku).

Kemudian teruskan dengan bertanya:

"Ini" apa? (smbil pegang kertas /atau apepe objek slain pen contoh)
>>jawapan dia sepatutnya "Ini" pen..
sebab sekarang ni ujian pendengaran, bukan ujian penglihatan (kalau orang tutup mata pun boleh jawab)


Likewise..

"Itu" apa? (fasi boleh tunjuk apepe objek, meja ke, lantai ke, kerusi ke)
Jawapan dia > "Itu" buku"

Sebab?
Kalau perasan mula arahan tadi Fasi dah designate awal2:

Ini = pen
Itu = buku

So.. tak kisah la fasi tunjuk objek ape pun, jawapan dia tetap:
Ini = pen
Itu = buku

*sebab skrang ujian pendengaran..*
Selamat mencuba!
=)

03 November 2009

Siapa Paling Banyak Berkuasa



Tajuk: Siapa Paling Banyak Berkuasa

Objektif:

- Menguji kepekaan peserta

- Persepsi berbeza menghasilkan tindakan berbeza.

- Memupuk semangat tolak ansur dan kerjasama

Persediaan:

- Gmbar slide (optional, boleh download)

- Faci pemerhati

Perlaksanaan:

1. Pelajar berkumpul di tempat lapang.

2. Faci memberi arahan supaya berjabat tangan.


3. Arahan seterusnya “Kita nak main tarik2 sikit. Caranya mudah. Siapa dapat tarik tangan kawan lebih 90 darjah paras siku, dapat 1 markah. Siapa paling banyak, berkuasa.. Ok sedia? Mula..!”

4. Faci membiarkan peserta menarik tangan kawan masing2. Masa diberikan 2 minit.

5. Pada masa sama, faci hendaklah memerhatikan (take note!):

- Peserta yg tarik tak nak lepas (tak bagi ‘chan’ kat kawan dia – mentang2 dia kuat)

- Peserta yg sama kuat (dua2 tak nak mengalah, tangan mereka mcm tak gerak)

- Peserta yg tarik mcm sorong papan tarik papan.

6. Setelah tamat, faci tenangkan peserta.

7. Faci tanya, (yg tarik tak nak lepas) > “Kamu dapat berapa?”

8. Kemudian meneruskan pertanyaan > (yg sama kuat) “ Kamu dapat berapa markah?)

9. Akhir skali, faci bertanya kepada yg sorong papan tarik papan “Kamu?”

10. Kemudian faci bertanya kepada semua? “Siapa paling banyak?” Siapa paling berkuasa?”

11. Teruskan dengan sesi kesimpulan.

Kesimpulan:

- Dengar dan tafsir arahan dengan teliti. Faci memberi arahan, “Siapa paling banyak, berkuasa.” Bukan siapa paling ‘kuat’.

- Walaupun anda sangka anda lebih banyak (tarik tak nak lepas), tapi sebenarnya peserta yg tolak ansur dapat paling banyak markah (“aku bagi kau satu, ko bagi aku satu) Win-win situation

- Buang persepsi yg ada. Fokus pada arahan.

D - U - A - P - U - L - U -H


Tajuk: Dua Puluh Perkataan

Objektif:

- Sebagai demonstrasi bagaimana persepsi boleh menghasilkan end-product berbeza

- Melatih peserta peka dengan arahan.

Persediaan

- Projector (kalau tiada, pakai whiteboard pun xpe)

- Slide / Gambar (sila download di sebelah kanan)

Perlaksanaan:

1. Peserta berkumpul di dewan (mass)

2. Faci menunjukkan slide dan memberi arahan “Sila tulis dua puluh perkataan dari huruf2 yg diberikan di depan ini. Masa diberi seminit. Abang (faci) nk tengok berapa banyak antara kalian semua ni berjaya tulis... . Ok, sedia? Mula.”

3. Setelah selesai, faci bertanya siapa dapat? Minta pelajar menyebut perkataan yg ditulis.

4. Faci membuat demo:

“Abg boleh tulis dua puluh perkataan dalam masa 30 saat je. Tengok ya..”

5. Faci menulis di hadaBoldpan pentas (whiteboard – jika ada) D – U – A – P – U – L – U – H – P (hingga akhir perkataan)

Kesimpulan:

- Peka dengan arahan

- Tnya dulu sebelum mula. Kalau tak boleh tnya, bersedia untuk sebarang kemungkinan (tulis je semua cara)

- Persepsi awal boleh mengubah cara kita fikir, dan seterusnya memberi kesan kepada end-product