Showing posts with label Group Binding. Show all posts
Showing posts with label Group Binding. Show all posts

20 February 2012

Apa Pilihan Anda?


Alatan: Kertas mahjong & marker pen.
Prosedur:
1. Fasilitator membahagikan kertas mahjong tersebut kepada 4 bahagian utama.
2. Setiap bahagian dituliskan dengan subjek-subjek berikut: bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sejarah.
3. Setiap daripada adik-adik diminta untuk menuliskan nama masing-masing di atas kertas mahjong tersebut mengikut pilihan subjek yang mereka rasakan penting. Hanya dua subjek yang boleh dipilih.
Rasional:
1. Semua subjek aka perkara itu penting untuk dilaksanakan.
2. Kita seharusnya tahu untuk memilih atau menguatamakan apa yang lebih utama dalam melakasanakan sesuatu perkara.
3. Meletakkan „prioriti‟ dalam setiap perkara.
4. Prioriti sesuatu perkara bergantung pada keadaan semasa & matlamat adik-adik.

Public Speaking Session


Alatan: Tiada.
Prosedur:
1. Fasilitator meminta sukarelawan dalam kalangan adik-adik untuk mengadakan „public speaking‟ dihadapan kawan-kawan yang lain dalam masa yang sesuai (cadangan 2minit seorang).
2. Tajuk yang ingin disampaikan itu terpulang pada pilihan adik-adik sendiri.
3. Jika ada masa, fasilitator boleh meminta adik-adik yang lain turut serta.
Rasional:
1. Kita mestilah mempunyai keyakinan dan kepercayaan dalam diri untuk melaksanakan sesuatu perkara.
2. „Keraguan‟ itu titik permulaan bagi sebuah keyakinan - Imam al-Ghazali.
3. Usah gentar,keyakinan pasti ditemui setelah melalui „keraguan‟ itu.

Checkpoint: Kapal Terbang Kertas


Alatan: Kertas A4 & tanda X.
Prosedur:
1. Adik-adik dikehendaki membuat sebuah kapal terbang kertas.
2. Kapal terbang kertas yang telah dibuat dilepaskan mengikut kehendaki oleh adik-adik.
3. Fasilitator meletakkan tanda X pada tempat yang telah ditetapkan.
4. Adik-adik diminta untuk membaling kapal terbang tersebut untuk sampai pada tanda X yang telah ditetapkan.
Rasional:
1. Setiap apa yang kita lakukan mestilah berfokus dan ada hala tuju. Jika tidak usaha, kita akan sia-sia /berserabut seperti keadaan kapal terbang yang diterbangkan tanpa tanda x.

Checkpoint: Bahtera


Alatan: Tali rafia.
Prosedur:
1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyusun kumpulan masing-masing membentuk satu „bahtera‟ sebelum dilepaskan menggunakan tali rafi yang disediakan.
2. Provoke adik-adik dengan menyatakan „susunan‟ tersebut adalah satu strategi untuk pelayaran adik-adik.
3. Ketua fasilitator akan melepaskan kumpulan tersebut apabila mereka memenuhi „syarat-syarat‟ yang dikehendaki.
Rasional:
1. Muamalah mestilah dijaga diantara lelaki dan perempuan dalam setiap apa yang kita lakukan.

Kad Hadiah


Alatan: Kertas Manila, gam, gunting, reben &sumber-sumber yang ada.
Prosedur:
1. Faslitator meminta adik-adik untuk mereka sebuah kad hadiah yang akan diberikan kepada ketua fasilitator yang akan di sampaikan oleh fasilitator sendiri.
2. Adik-adik diberikan masa yang sesuai (cadangan 20minit) untuk melaksanakan tugas yang diberikan.
3. Kad hadiah tersebut akan diberikan kepada fasilitator untuk diberikan kepada ketua fasilitator.
4. Fasilitator perlu mempengaruhi/ meraih keyakinan adik-adik dengan kata-kata yang sesuai agar adik-adik benar-benar percaya bahawa fasilitator akan menyampaikan hadiah tersebut dalam keadaan/cara terbaik.
IIUM Facilitator Team, Kuantan Campus
5
5. Fasilitator bertindak untuk mengoyakkan kad hadiah tersebut tanpa memberinya kepada ketua fasilitator.
6. Fasilitator meminta adik-adik untuk memberikan respons atas apa yang telah berlaku.
Rasional:
1. Apabila orang lain memberikan kita tugas aka amanah (cth konteks adik-adik sebagai pengawas/PRS), kita hendaklah menjaganya dan melaksanakannya sebaik mungkin.
2. Menjadi satu kekecewaan apabila orang yang kita percaya dapat melaksanakan apa yang kita yakin dia mampu lakukan, ianya tidak dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin/tidak melaksanakannya langsung.

Pemimpin Negara Kami


Alatan: Kertas mahjong & marker pen.
Prosedur:
1. Situasi: Bumi telah dilanda „serangan meteor‟ dan hanya beberapa orang manusia sahaja (adik-adik) yang hidup di muka bumi ini. Disebabkan bumi baru sahaja musnah, mereka yang masih hidup perlu membina sebuah negara baru dan barisan menteri kabinet yang baru.
2. Fasilitator meminta adik-adik untuk berbincang sesama sendiri tentang barisan menteri cabinet yang baru. Pastikan setiap seorang daripada adik-adik memegang jawatan.
3. Jawatan yang dipegang bergantung pada „ciri kepimpinan yang ada dalam diri adik-adik‟.
4. Selesai perbincangan, adik-adik diminta untuk melukiskan carta organisasi negara mereka pada kertas mahjong yang telah disediakan.
Rasional:
1. Setiap daripada kita ada ciri-ciri kepimpinan yang kadangkala kita tidak perasan.
2. Ciri-ciri yang ada itu menjadi titik tolak kepada keyakinan kita dalam menjalankan sesuatu perkara.

Buku Terapung


Alatan: Buku Fasilitator & barang-barang yang ada pada diri adik-adik (pilihan adik-adik).
Prosedur:
1. Fasilitator mengeluarkan buku.
2. Adik-adik diminta untuk memastikan buku tersebut berada 50cm dari paras bumi dengan menggunakan sumber-sumber yang ada pada diri adik-adik sahaja.
3. Fasilitator memberikan masa yang sesuai (cadangan-10minit).
Rasional:
1. Setiap orang ada potensi diri masing-masing.
2. Kita tidak sedar bahawa diri kita sendiri ada cirri-ciri pemimpin yang orang lain dapat lihat pada kita.
3. Adik-adik pilih sumber-sumber yg ada pada diri adik sebab adik yakin dan merasakan „sumber‟ itu mampu utk menegakkn buku tersebut degan ciri-cirinya tersendiri. Begitu juga dengan pemilihan adik-adik sebagai pengawas.

Pressure Hunting


Alatan: Gambar (Rujuk Lampiran 2).
Pelaksanaan:
1.Peserta diberikan gambar (rujuk lampiran akhir).
2.Arahan dari fasi : perhatikan betul-betul gambar tersebut dalam masa 2minit.
3.Setelah masa tamat…lampiran tersebut disimpan semula oleh fasi dan bertanyakan soalan pada peserta.
4.Soalan dari fasi: Berapakah jumlah pen & fail yang terdapat dalam gambar tersebut.
Rasional:
1.Apa yg kita fokuskan itulah ygkita akan dapat..sekiranya focus/fikiran/mindas adk2 ada didlam pgram ni…adik-adik akn dapat apa yangg ada dalam program ni..atau sebaliknya.

Kereta Kami


Alatan : Tiada
Pelaksanaan:
1.Peserta diminta memilih pasangan masing-masing.
2.Peserta perlu menghafal sekurang-kurangnya 5 butiran peribadi pasangan masing-masing dalam masa 5 minit.
3.Fasi meminta peserta membayangkan mereka sedang berada di dalam sebuah kereta.
4.Peserta perlu memilih satu benda/komponen dari kereta yang telah dibayangkan tadi.
5.Peserta perlu memperkenalkan pasangan masing-masing seolah-olah sedang menjual benda/komponen kereta yang telah dipilih.
Rasional :
1.Sesebuah ukhuwah bermula dengan pengenalan.
2.Utk pandu/guna kereta perlu kenal komponen terlebih dahulu (terutama yang penting2 mcm stering,gear,n so on) lagi banyak kita tau lg bnyk kelebihan kita(eg:kalau nk laju kn lg kereta part mana yg kena upgrade?).
3.Same goes to ukhuwah , utk bina ukhuwah perlu kenal individu/komponen dlm ukhuwah. 4.Lagi banyak yang kita tau lagi bnyk manfaat dekat kita.(contoh tahu kepakarn seseorag,pandai adobe photoshop ke,t blh mintk tlg.n so on).

08 December 2010

Merah atau Hitam?



Objektif:-

1. Menilai sejauh mana kesatuan dalam sesebuah organisasi.
2. Mengikis rasa individualistik dalam diri seorang pemimpin.
3. Menggalakkan tindakan berkerjasama dalam membuat sebarang keputusan.

Bahan/ alatan:

1. 2 keping kertas mahjong (scoring board)

2. 2 keping kertas rujukan (markah)


Pelaksanaan:-

1. Bahagikan peserta kepada dua kumpulan (A dan B).

2. Peserta di'set' minda dengan menyatakan "anda kini berada dalam sebuah organisasi". cth: Facilitator team adalah satu kumpulan.

3. Peserta di beri keterangan bahawa matlamat kumpulan mereka adalah, mendapatkan markah tertinggi KESELURUHAN.

4. Setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang dan memilih warna 'HITAM' atau 'MERAH'?

5. Lantik juri untuk menerima / menolak ‘jawapan daripada setiap kumpulan.

6. Sekiranya kedua- dua kumpulan memilih warna yang sama atau tidak sama salah satu nilai markah seperti di bawah:-

Hitam + Hitam = 50 + 50

Merah + Merah = 75 +75

Hitam + Merah = 0 + 100

7. Langkah diulang sehingga beberapa pusingan. Ketua fasi harus provoke peserta kenapa memilih 'MERAH' bukan 'HITAM' dan sebaliknya.

8. Selepas beberapa pusingan, markah dijumlah dan lihat markah tertinggi KESELURUHAN.


Kesimpulan:-

1. Mendengar arahan (mindsetting)
- Dalam sesebuah organisasi wujud ketua dan pengikut. Arahan yang jelas daripada ketua harus dipatuhi.

2. Teamwork, trust
- Kepercayaan, kerjasama, syura (berbincang) amat perlu dalam menghasilkan keputusan kerana apabila pemimpin membuat keputusan, ia bakal memberi kesan positif mahupun negatif.

3. Selfish
- Sikap mementing diri tidak harus ada dalam sesebuah organisasi kepimpinan.

e

17 July 2010

You are not alone...

You are not Alone..

Objective/Kesimpulan: taaruf + group binding

Cara:

1. Sediakan topi / bekas

2. Minta pelajar lukis/tulis:

a. Perkara paling menggembirakan

b. Paling sedih

c. Kelakar

d. Harapan

3. Kumpulkan kertas dalam topi/bekas. Masing2 pilih secara rawak. Baca & teka siapa punya

Resolution:

1. Setiap orang ada pengalaman/harapan masing.

a. Bayangkan kalau semua orang sama. Rupa sama. Diprogramkan sama.

11 May 2010

Janji Setia !



Objektif:


1. Membina kesatuan dalam kumpulan.
2. Meransang gerak kerja bersama-sama.
3. Menjalin ikatan yang kuat antara satu sama lain (peserta).

Bahan:


1. Kad manila
2. pen marker

Pelaksanaan
:

1. Peserta- peserta dibekalkan sekeping kad manila.
2. Pilih 1 bentuk.
3. Kemudian peserta harus melukis bentuk pada kad manila.
4. Peserta diminta membuat pembahagian mengikut bilangan peserta.
5. Setiap bahagian mewakili setiap ahli kumpulan.
6. Mereka diminta menjaga ‘bahagian’ itu sebagai barang amanah.

Kesimpulan:

1. Sesuatu tugasan akan menjadi mudah jika dibuat bersama-sama.
2. Setiap ahli kumpulan mempinyai tanggungjawan untuk menjaga amanah masing-masing.
3. Kepercayaan yang dibina dalam sesebuah kumpulan, akan melahirkan kesatuan dalam kumpulan/ persatuan/ organisasi.


"Dan mengapa setiap kali mereka mengikat janji, sekelompok mereka melanggarnya? Sedangkan sebahagian besar mereka tidak beriman."
(al- Baqarah: 100)



21 November 2009

Siapa Paling Layak?


Objektif:

1.group binding
2.untuk melihat p0ntensi diri setiap pelajar

Perlaksanaan:

Fasi akan membahagikan pelajar-pelajar kepada 4 kumpulan.

Kumpulan 1: Tukang kayu
Kumpulan 2: Ahli Sihir
Kumpulan 3: Tukang Jahit
Kumpulan 4: Tukang Masak

Fasi mula bercerita. Di dalam sebuah penjara, seorang banduan yang merupakan seorang tukang kayu sangat berasa sangat bosan. Dia kemudiannya berjalan-jalan di kawasan lapang penjara dan menjumpai kayu. Dia mendapat idea untuk mengukir kayu itu menjadi seorang lelaki dan meninggalkan patung lelaki itu di situ.

Keesokkannya, seorang banduan yang merupakan ahli sihir menjumpai patung lelaki yang diukir oleh tukang kayu semalam. Dia menggunakan kuasanya dan menjadikan patung lelaki itu seorang lelaki hidup. Lelaki itu berjalan-jalan di dalam penjara tanpa memakai sehelai baju.

Kemudian, apabila berjumpa dengan seorang banduan yang merupakan tukang jahit, dia menjahitkan pakaian untuk lelaki itu. Lelaki itu berasa sangat lapar dan hampir mati kelaparan. Nasib baiklah ada seorang banduan yang merupakan tukang masak menjumpainya. Lalu, tukang masak itu memasakkan makanan untuk lelaki itu supaya lelaki itu tidak mati kelaparan.

Persoalannya sekarang, siapakah yang paling layak untu memiliki lelaki itu? Adakah tukang kayu yang telah mengukir kayu menjadi patung manusia? Adakah ahli sihir yang telah menjadikan patung itu kepada seorang lelaki? Adakah tukang jahit yang menjahitkan baju kepada lelaki itu? Ataupun tukang masak yang menyelamatkan lelaki itu dari mati kelaparan?

Setiap kumpulan akan diberi 5 minit untuk diskusi kenapa dia yang paling layak mendapatkan lelaki tersebut. Kemudian, setiap kumpulan diberi masa 20 minit untuk berdebat.

Jawapannya, tiada seorang pun yang layak mendapatkan lelaki tersebut kerana apa yang mereka buat telah menyalahi undang-undang penjara. Mereka sepatutnya melakukan aktiviti harian yang telah ditetapkan oleh pihak penjara dan bukannya melakukan apa yang telah mereka buat untuk lelaki tersebut.

Resolusi:

1. Setiap manusia ada peranan dan kelebihan masing-masing. Perlulah saling lengkap-melengkapi.
2. Sebagai pelajar, jangan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang sekolah atau ajaran ibu bapa dan guru.

p/s: Module ini sama dengan module "Parachute" dan bahagian-bahagian rumah. Lebih dikenali sebagai Debat Perdana.

30 October 2009

Donat vs Burger Malaysia

Tajuk: Donat vs Burger Malaysia (atau apa-apa kuih lain)
(glosari: burger Malaysia adalah kuih yang bulat ada belah letak sambal tumis & timun tu, tak tau kat tempat lain ia dipanggil apa)

Objektif:
- Kehebatan Allah sebagai Pencipta
- Kepelbagaian manusia (rambut sama hitam, hati lain-lain)

Alatan:
- Senarai resepi asas doh donat: tepung, air, telur, yis kering, garam, gula

Pelaksanaan:
1. Fasi memberikan senarai resepi kepada peserta
2. Peserta diberi satu situasi: anda dikehendaki menyediakan satu kuih untuk minum petang kumpulan anda termasuk fasi. bincangkan apa kuih yang kumpulan anda ingin makan dan buat.

:bofu_12:
3. Fasi perhatikan perbincangan, take note kuih apa yang disebut.
4. Hasil perbincangan diberitahu beserta sebab pemilihan. (contoh, kuih donat, kerana ia sedap, lembut dan manis)
5. Fasi bagitahu, 'alamak, akak tak suka donat lah, tak suka sebab dia manis. Boleh tukar kuih lain tak. Akak suka pedas. Boleh guna bahan yang takde dalam senarai'
:puteh_11:

6. Biar mereka berbincang lagi, dan beritahu apa keputusan terbaru. (contoh, burger malaysia, sebab ia pedas dan tak manis, akak suka)
7. Fasi kata, 'ok, kuih tu sedap. tapi kalau nak jemput abang X (head fasi) makan sekali tak bolehlah, sebab beliau tak suka pedas dan minyak-minyak ni. ada cadangan lain?'
8. Biar mereka berbincang lagi. sampai ada yang kata 'kita buat semualah'. (atau, kalau dah habis masa, fasi je lah yang bagitau jawapan)

Kesimpulan:
1. Dari bahan yang sama, tukang masak yang pandai boleh hasilkan pelbagai resepi berbeza. Dari doh donat boleh hasilkan kuih2 lain bila tambah bahan-bahan lain, contoh, pau, kerepek lidah buaya etc. Ini menggambarkan kehebatan & kreativiti beliau.
2. Allah lagi hebat, dari tanah boleh ciptakan nabi Adam. Lepas tu ciptakan Hawa. dan Dari Adam dan Hawa, tercipta berbagai-bagai jenis manusia. Dari satu ovary, boleh terhasil ovum yang kalau jumpa sperm yang berlainan akan hasilkan zygot yang berlainan. Dalam ayat mudah, dari satu uterus, boleh lahir beberapa manusia yang berbeza (adik-beradik langsung tak sama, zebra pun belang dia lain-lain). Allah pencipta yang sangat hebat.
3. Setiap manusia ada perbezaan, tapi Allah tidak mencipta perbezaan untuk jadi perbahasan semata-mata, tapi untuk diraikan dan dihormati oleh satu sama lain

** modul agak kelakar, mungkin lebih sesuai untuk perempuan. :puteh_7:

** alternatif: boleh buat modul santai waktu minum pagi or petang kalau ada 2 jenis kuih (bahan asas tepung, air, telur) or 2 jenis air (bahan asas air, gula, satu perasa).

31 August 2009

Malaysiaku Gemilang ...!


Objektif:

1. Membina semangat setiakawan dan takaful.

2. Membentuk rasa saling mempercayai dan berkerjasama untuk maju.

3. Mendedahkan kepada peserta tentang suasana kehidupan di kampus.

4. Memupuk kesukarelawanan dalam diri peserta.

5. Berkongsi pengalaman dengan fasilitator.

Material:

Kertas A4

Perlaksanaan:

1. Setiap ahli diberikan jawatan menteri kabinet untuk sebuah negara. Mereka diberikan RM5 juta ringgit setiap seorang untuk menyiapkan bangunan kementerian masing-masing dan negara.

2. Mereka diberikan 20 minit untuk menyiapkan pelan masing-masing berdasarkan bajet yang diperuntukan, di atas sehelai kertas A4. Kemudian kesemua kertas dicantumkan menjadi sebuah negara.

3. Faci akan menilai perkara berikut:-

* jalan
* hospital
* janakuasa elektrik
* kompleks beli- belah
* perumahan
* hutan
* parlimen..dll

Rumusan:

1. Perlunya kerjasama antara satu sama lain untuk membina hidup yang lebih baik.
2. Perancangan juga perlu teliti.
3. Kepentingan peribadi perlu diketepikan berbanding kepentingan bersama.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, seakan- akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
(As-Saff: 4)