Showing posts with label Riadah. Show all posts
Showing posts with label Riadah. Show all posts

20 February 2012

Public Speaking Session


Alatan: Tiada.
Prosedur:
1. Fasilitator meminta sukarelawan dalam kalangan adik-adik untuk mengadakan „public speaking‟ dihadapan kawan-kawan yang lain dalam masa yang sesuai (cadangan 2minit seorang).
2. Tajuk yang ingin disampaikan itu terpulang pada pilihan adik-adik sendiri.
3. Jika ada masa, fasilitator boleh meminta adik-adik yang lain turut serta.
Rasional:
1. Kita mestilah mempunyai keyakinan dan kepercayaan dalam diri untuk melaksanakan sesuatu perkara.
2. „Keraguan‟ itu titik permulaan bagi sebuah keyakinan - Imam al-Ghazali.
3. Usah gentar,keyakinan pasti ditemui setelah melalui „keraguan‟ itu.

Checkpoint: Kapal Terbang Kertas


Alatan: Kertas A4 & tanda X.
Prosedur:
1. Adik-adik dikehendaki membuat sebuah kapal terbang kertas.
2. Kapal terbang kertas yang telah dibuat dilepaskan mengikut kehendaki oleh adik-adik.
3. Fasilitator meletakkan tanda X pada tempat yang telah ditetapkan.
4. Adik-adik diminta untuk membaling kapal terbang tersebut untuk sampai pada tanda X yang telah ditetapkan.
Rasional:
1. Setiap apa yang kita lakukan mestilah berfokus dan ada hala tuju. Jika tidak usaha, kita akan sia-sia /berserabut seperti keadaan kapal terbang yang diterbangkan tanpa tanda x.

Checkpoint: Bahtera


Alatan: Tali rafia.
Prosedur:
1. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyusun kumpulan masing-masing membentuk satu „bahtera‟ sebelum dilepaskan menggunakan tali rafi yang disediakan.
2. Provoke adik-adik dengan menyatakan „susunan‟ tersebut adalah satu strategi untuk pelayaran adik-adik.
3. Ketua fasilitator akan melepaskan kumpulan tersebut apabila mereka memenuhi „syarat-syarat‟ yang dikehendaki.
Rasional:
1. Muamalah mestilah dijaga diantara lelaki dan perempuan dalam setiap apa yang kita lakukan.

29 November 2009

Senaman Si Tomi


Lirik lagu untuk senaman ini;

Tangan kiri di depan

ke belakang
Depan belakang
Ayuh goyangkan
Lakukankan seperti ini dan berputarlah
Mudahkan caranya
Wuuuu..ayuh bersama
Wuuuu..bersama-sama
Wuuuu..ayuh bersama
Pegang lutut tangan diangkat yeay yeay yeay!

#kemudian ditukar dengan tangan kanan, kaki kiri dan kaki kanan.

Sememangnya sangat sesuai untuk mass yang mudah dan menarik!

Resolusi:


1. Dapat mengelakkan pelajar-pelajar menjadi pasif.
2. Menguji kepekaan pelajar-pelajar untuk melakukan setiap 'move' dalam senaman ini dengan betul.
3. Menguji sifat keterbukaan pelajar-pelajar untuk melakukan aktiviti seperti ini.