13 November 2009

#4 Siri Tips Belajar – Study = Jigsaw

Posted on 11/13/2009 by s_eth


#4 Siri Tips Belajar – Study = Jigsaw


Salah satu kesilapan yg dilakukan oleh pelajar ialah, apabila membaca, mereka membaca dari muka surat 1 hingga akhir. Dengan harapan apabila baca semua, dapat ‘cover’ semua (topic).

Analogi tersebut mungkin boleh membantu menjelaskan teknik belajar yang lebih berkesan.

Perlaksanaan:

1. Bayangkan (kalau ada betul lagi bagus) anda menerima satu jigsaw puzzle baru dari rakan anda. Kotak besar. 1000 piece. Cantik. Anda bertekad untuk menyelesaikan jigsaw itu sehingga siap.

2. Faci meminta pelajar menyenaraikan teknik-teknik atau langkah yg akan diambil untuk menyelesaikan puzzle trsebut.

3. Bandingkan keputusan.

4. Buat kesimpulan dan kaitkan dengan teknik study pelajar.

Jawapan & Kesimpulan:

Antara jawapan yg ‘popular’”

· Melihat gambar pada kotak – untuk mendapat gambaran umum (overview)

· Mencari kepingan bucu dan mula menyambung dari situ.

· Asingkan kepingan jigsaw mengikut warna atau corak tertentu (contoh langit warna biru)

· Meninggalkan kepingan-kepingan yang ‘sukar’.

· Menyelesaikan kepingan yg mudah


Kaitkan dengan study?


o Melihat gambar pada kotak (sebelum mula mnyambung jigsaw)

· Mendapatkan overview penting supaya kita lebih jelas matlamat, apa yg hendak dicari.

· Overview pada buku boleh diperoleh: melihat tajuk2 besar. Membaca rumusan/kesimpulan di akhir topic/ jadual2 ringkas

o Menyambung kepingan dari bucu

· Ini adalah seperti perumpaan membaca buku “dari muka surat satu”. Ya anda mungkin boleh selesaikan. Tapi tanpa sokongan (support) dari teknik lain, anda akan kepenatan dan akan menghadapi masalah.

o Asingkan kepingan mengikut warna/corak

· Belajar mengkategorikan subject. Buat hubungkait (link) untuk mendapatkan hasil yg maximum. Contoh langit warna biru. Air pun warna biru. Apabila anda berjaya menyelesaikan lebih bnyak jigsaw, maka perbezaan antara air dan langit memudahkan kerja seterusnya.

· Cara? Buat jadual perbandingan. Lukis peta minda. Ingat membaca buku teks bukan seperti membaca novel (linear). Anda harus berfikir secara keseluruhan (total & comprehensive). Buat catatan ketika membaca.

o Meninggalkan kepingan sukar, selesaikan yg mudah.

· Sekiranya ‘tersangkut’ ketika study, teruskan dengan subjek yg lebih mudah.

· Seperti jigsaw, lama kelamaan apabila kepingan sudah tercantum, kepingan yg sukar juga akan menjadi mudah.



No Response to "#4 Siri Tips Belajar – Study = Jigsaw"

Leave A Reply