15 June 2010

5S dari Jepun


1 - Mengamalkan Seiri (Sisih)
· Kenalpasti dan mengasingkan barang yang tidak perlu untuk pelupusan dan merekod (jika perlu).
· Melakukan aktiviti sisih secara berterusan mengikut keperluan.

2 - Mengamalkan Seiton (Susun)
· Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah diambil dan disimpan semula.
· Tempat simpanan boleh diambil oleh semua kakitangan di tempat yang mudah dilihat dan dikesan.
· Barang atau dokumen yang kerap digunakan diletak dekat/berhampiran dengan tempat yang mudah dicapai.
· Semua barang dan tempatnya mesti ditunjuk dengan label yang jelas.
· Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

3 - Melaksanakan Seiso (Sapu)
· Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan.
· Amalkan Seiso 5-10 minit setiap hari.
· Patuhi jadual mencuci dan memeriksa peralatan dan keselamatan bagi menwujudkan tempat kerja yang selesa dan selamat.
· Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan.
· Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan, semak dan betulkan.
· Buat dengan kerjasama semua kakitangan.
· Galakkan kawan sekerja memberi idea kreatif untuk penambahbaikan tempat kerja yang produktif.
· Anjurkan gotong royong 2 kali setahun.

4 - Melaksanakan Seiketsu (Seragam)
· Bila mengulangi tiga konsep di atas iaitu Sisih-Susun-Sapu,tempat kerja akan menjadi bersih dan tersusun.
· Melihat kepada perkara-perkara yang tidak normal atau ''abnormality".
· Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan.

5 - Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

· Mematuhi setiap peraturan, standard, peringatan yang diwujudkan.
· Latihan dan perkongsian berterusan.
· Wujudkan semangat berpasukan.

p/s: Boleh juga diaplikasi dalam apa-apa organisasi mahupun kehidupan sendiri... (",)