13 November 2009
#3 Siri Tips Belajar - ‘Kesilapan' Teknik Membaca
#3 Siri Tips Belajar - ‘Kesilapan' Teknik Membaca
Teknik baca yg tidak efisyen boleh menyebabkan pembelajaran yg kurang berkualiti. Berikut adalah kesilapan ‘umum’ teknik membaca:
· Mula membaca buku dari Bab 1 (hingga akhir) tanpa focus
· Tidak menetapkan focus masa;
o Analogi – Cikgu yang baik tidak memberikan input sama ‘speed’. Contoh, maklumata yang penting, maka cikgu akan mengajar perlahan-lahan dan lebih focus. Maklumat sampingan, mungkin cikgu akan mengajar lebih laju (atau mungkin tak sentuh langsung)
o Seperti mengajar, membaca buku juga perlu mengambil prinsip yang sama. Tidak semua maklumat dalam buku memerlukan focus dan masa yg sama.
· Tidak jelas gambaran umum (overview) buku.
o Membaca buku ialah seperti menyelesaikan jigsaw puzzle. Kita perlu dapatkan gambaran umum sebelum memulakan pembacaan.
o Bila dah dapat overview (tajuk2, subtopic), lebih senang untuk memulakan pembelajaran.
o Sila rujuk #4 Siri Tips Belajar – Study = Jigsaw
· Tidak tahu apa yang mahu dipelajari dari buku.
o Apabila tidak tahu apa yang mahu dipelajari, otak akan melayang. Janganlah membaca buku teks seperti membaca buku novel.
o Senaraikan subheading ; matlamat study (contoh popular ‘What, Who, When, Why, How)
· Belajar/baca terus menerus tanpa henti.
o Bayangkan anda mengambil keputusan untuk belajar 2 jam.
o 1 jam pertama anda belajar, walaupun susah, tetapi anda perasan terdapat progress anda semakin faham subjek yg dipelajari (dengan kata lain ‘dah dapat rentak’ study).
o Persoalan > Patutkah anda berhenti dan berehat?
o Survey menunjukkan 90% tidak berhenti, sebaliknya meneruskan belajar (sebab takut hilang ‘rentak’)
o Namun kajian menunjukkan langkah terbaik ialah berhenti berehat sebentar (sila rujuk #1 Siri Tips Belajar - ‘Graf SEMASA Belajar )
Bagaimanakah untuk belajar dengan lebih efisyen?
Teruskan membaca siri seterusnya.
=p
No Response to "#3 Siri Tips Belajar - ‘Kesilapan' Teknik Membaca"
Leave A Reply