13 November 2009

Jika Cintamu benar..

Posted on 11/13/2009 by s_eth

Tajuk: Jika Cintamu benar..

Objektif:

- Menilai semula priority (keutamaan) hidup.

- Kaitan perbuatan zahir seseorang

dengan matlamat hidup. (external manifestation of our inner-self – term ni reka sendiri, huhu)

Perlaksanaan:

Abdullah bin Mubarak (siapakah beliau?) pernah berkata;

“Jika cinta mu benar kamu akan mentaatinya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu”

Kesimpulan:

- Analogi yg boleh dibuat adalah jika kita benar-benar mencintai sesuatu/seseorang, kita akan sanggup berkorban untuknya (mentaatinya). Contoh:

o Jika seseorang mencintai kekasih, dia akan sanggup buat apa saja demi kekasihnya itu; contoh, sanggup ponteng kelas/discussion sbb nk keluar celebrate birthday si dia, beli hadiah mahal2, call/sms sampai lewat malam, abis duit (semua ni boleh ye, provided dah kawin)... kalau kekasih tak suka sesuatu, kita pun ikut sama tak suka jugak.

o Jika seseorang mencintai harta, dia sanggup berkerja keras, tidur lewat malam untuk mendapat wang lebih.

o Jika seseorang mencintai bola sepak, dia boleh hafal nama pemain, posisi, nama pengurus, menang/kalah berapa score, season mana, tahun bila, strategi pasukan kegemaran.

o Jika seseorang mencintai artis, dia boleh mengetahui hobi, tempat tinggal, makanan, minuman kegemaran, berita terkini mengenai artis tersebut.

o Jika seseorang mencintai video/computer game, dia boleh main game berjam-jam tak tidur malam, berbincang strategi, buat research kat internet teknik untuk menang e.t.c

o Jika mencintai anime .. .. .(hidup dalam dunia khayalan?)

o Jika mencintai cerita korea .. . . (tapi dia orang melayu?)

o

- Bagaimana pula dengan perintah Allah? Adakah kita cinta pada Allah? Bagaimana pula dengan larangan Allah? (cuba compare dengan kekasih)

- Al-Quran?, Solat?


** Apa yang menjadi habit kita merupakan indicator kepada apa yang kita jadikan sebagai matlamat utama (priority) dalam hidup kita..

Renung2kanlah.


NOTA:

- Ini hanyalah trigger untuk reflection. Faci boleh bertanya. Tetapi kebiasaannya peserta tidak akan jawab (so baik faci jawab sndiri)

- Lontarkan trigger2 secara random dan tangkap basah. Bagi contoh sebanyak mungkin (make sure lelaki, perempuan semua sama2 ‘kena’) Elakkan me‘label’ atau ‘blame’ orang.

- Faci juga harus sedar kita sebagai manusia tidak maksum. Faci sndiri mungkin banyak perlu muhasabah diri sndiri juga.

- Faci boleh mulakan dengan kelemahan sendiri, contoh “Dulu abang/kakak buat itu, ini... tapi bila fikir balik... “

- Bagi contoh positif jika ada.


No Response to "Jika Cintamu benar.."

Leave A Reply