02 November 2009
#1 Siri Tips Belajar - Graf SEMASA belajar
Salah satu factor kenapa kita gagal menggunakan kebolehan akal kita sepenuhnya adalah kerana kita tahu begitu sedikit bagaimana memori berfungsi.
Tony Buzan dalam bukunya Use Your Head telah membuat kajian dan mengumpul data untuk membantu kita sedikit sebanyak faham lebih banyak tentang memori.
Graf memori SEMASA proses pembelajaran
Secara purata dari data yg diambil, graf semasa proses pembelajaran adalah seperti berikut:
Graf menunjukkan semasa belajar, % perkara yg diingati semakin menurun apabila masa berlalu.
Satu lagi fakta mengejutkan ialah di tengah2 sesi pembelajaran, % perkara yg diingati adalah berada pada tahap paling rendah manakala di akhir2 sesi pembelajaran, % perkara yg diingati meningkat semula. Penemuan ini asalnya ditemui Von Restorff, seorang pakar psikologi, dan dinamakan Von Restorff Effect sebagai sumbangan terhadap jasanya. (mungkin sebab seronok dah nak abis belajar? Atau otak mula aktif kembali untuk memikirkan aktiviti seterusnya – rehat/main?.. Ntah saya tidak tahu)
Kesimpulan/Pengajaran?
Daripada graf ini, apa yg kita boleh lakukan (untuk memperbaiki) teknik belajar ialah berhenti rehat seketika semasa proses pembelajaran. Ini adalah bagi mengelakkan turunnya % perkara yg diingati.
Jika teknik (rehat) yg dilakukan dengan betul, maka graf yg baru kelihatan seperti ini:
Graf menunjukkan % perkara yg diingati (recalled) adalah lebih sentiasa lebih tinggi berbanding pelajar yg belajar berterusan selama 2 jam tanpa henti (graf biru cair dibelakang).
Ternyata berhenti rehat adalah amat penting dalam proses pembelajaran. (terdapat teori menyatakan otak memerlukan masa untuk membuat kaitan
Belajar vs Rehat – berapa lama?
Mungkin ada yg bertanya, berapa lama masa yg sesuai untuk belajar sebelum kita mengambil keputusan untuk berehat?
Secara umumnya, masa yang terbaik untuk berhenti ialah setelah 20 hingga 50 minit belajar.
Jika berhenti terlalu awal, maka otak kita tidak sempat meresap rentak dan bahan yg baru dipelajari.
Manakala masa yang terlalu lama (diambil) untuk berehat menyebabkan % konsentrasi kita semakin menurun. Jadilah orang yg di tengah.
Selamat mencuba.
=)
No Response to "#1 Siri Tips Belajar - Graf SEMASA belajar"
Leave A Reply