02 November 2009

#2 Siri Tips Belajar - Graf SELEPAS belajar

Posted on 11/02/2009 by s_eth

Graf SELEPAS belajar

Jika diminta memplot graf memori sendiri selepas belajar, rata2 orang akan melukis graf yg condong (memori / % perkara yg diingati menurun) seperti:

Namun sebenarnya tidaklah begitu.

Memori selepas tempoh belajar sebenarnya meningkat seketika, sebelum turun. Malah semasa proses penurunan memori berlaku juga tidak berlaku pada kelajuan yg sama (lihat graf).


Lihat graf pada “A” didapati kebolehan memori untuk recall meningkat buat masa yg singkat. Ini tidak menghairankan kerana ketika sesi pembelajaran, otak tidak sempat untuk menghubungkaitkan matlumat yg diperoleh (integration).

Sejurus selepas itu, dalam tempoh 24 jam kebolehan memori didapati menurun, iaitu pada “B”.

Kajian menunjukkan lebih kurang 80% maklumat baru yg kita belajar, jika tidak diulang(kaji) akan hilang. Graf itu kemudiannya akan menurun dengan lebih perlahan pada “C”, di mana sesetengah maklumat didapati bertahan lebih lama. Namun maklumat yg tersimpan pada “C” amatlah sedikit.

Apa yg boleh kita pelajari (dan perbaiki)?

Justeru, satu teknik/jadual mengulangkaji yg khusus perlu dibuat supaya kita tidak belajar dengan ‘sia-sia’ (bayangkan lebih 80% hilang dlm 24 jam).

Contoh (yg diberi dalam buku Use Your Head by Tony Buzan)), ulangkaji hendaklah dijalankan dengan 3 peringkat, supaya maklumat dapat bertahan lebih lama.

Peringkat pertama – mengulangkaji dalam tempoh 10 minit selepas tamat kelas. Tempoh ulangkaji itu juga hendaklah 10 minit. Lakukan secara konsisten. Ini akan membantu memori anda bertahan untuk 24 jam.

Peringkat kedua – mengulangkaji dalam tempoh 24 jam. Tempoh yg diambil untuk ulangkaji 2-4 minit. Ini akan membantu anda ingat maklumat dalam tempoh seminggu.

Peringkat ketiga (dan seterusnya) – mengulangkaji setelah seminggu. Tempoh diambil 2 minit sahaja.

Setelah itu teruskan mengulang dlm tempoh sebulan. Selepas itu (harapnya) maklumat yg diperoleh akan bertukar menjadi Long term memory.

Ini adalah kerana bagi setiap ulangkaji yg kita lakukan, baseline memory kita semakin meningkat tanpa kita sedar. (lihat graf)


Itulah sebabnya kita memerlukan ulangkaji yg lebih kerap, terutamanya di awal waktu selepas proses pembelajaran.

Nota:

- Untuk sesi mengulangkaji, adalah penting bagi pelajar membuat sendiri ringkasan topic & nota penting bagi menjimatkan masa.

- Pelajar juga boleh menulis sendiri nota, keluarkan apa yg tersimpan di minda (tanpa melihat nota). Setelah selesai kemudianya melihat untuk semak maklumat yg tertinggal.

No Response to "#2 Siri Tips Belajar - Graf SELEPAS belajar"

Leave A Reply