29 April 2012
Andai kau tiada
Cara-cara :
1. Facilitator bertanya kepada adik2 tentang aktiviti yang sering dilakukan pada setiap pagi sabtu di rumah.
2. Minta adik2 untuk lukiskan perkara2 tersebut pada kertas A4
3. Bentangkan kepada semua
4. Kemudian minta adik2 renyukkan kertas tersebut dan buang ke belakang.
Rasional : Kertas yang direnyuk dan dibuang itu umpama melupakan seketika apa yang biasa dilakukan pada hujung minggu dan untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam program.
Simpulan Tangan
2. Setiap kumpulan diminta berdiri dan membentuk bulatan.
3.Peserta diminta untuk mengankat tangan ke depan dalam keadaan bersilang dan seterusnya mengenggam tangan kawan yang selain kiri dan kanannya.
4. Peserta perlu melakukan apa saja cara bagi membuka simpulan tangan membentuk bulatan yang lebih besar tanpa melepaskan tangan.
Rasional:
1.Untuk merapatkan hubungan antara para peserta.
2.Untuk membuang perasaan malu antara satu sama lain.
Jual jual...
Prosedur :
1. Fasilitator akan meminta adik-adik untuk mencari pasangan masing-masing, (lelaki dengan lelaki dan sebaliknya)
2. Dalam masa 5 minit, pasangan2 ini diminta untuk menemuramah kawan baru mereka.
3. Kemudian, facilitator akan meminta adik2 untuk membayangkan 1 benda (eg : bola, pensel) dan menganggap kawan2 adik2 adalah barang tersebut.
4. kemudian, adik2 dikehendaki untuk menjual barang tersebut. (Facilitator akan menunjukkan demo bagaimana untuk menjual barang tersebut)
# kalau ganjil, faci akan berpasangan dengan adik2, kalau genap, faci akan berpasangan dengan faci
Rasional : untuk berkenalan sesama kawan2 1 kumpulan dan ahli facilitator.
Alternatif : Round Robin
18 April 2012
Oh Batu...
20 February 2012
Apa Pilihan Anda?
Public Speaking Session
Menara Terpakai
Masa- 1 jam
Alatan - barang2 yang adik2 ada
Aktiviti -
1. 1. Dalam masa 15 minit, Adik2 diminta untuk membentuk 1 menara yang kukuh dan mempunyai tempat untuk meletak kn hp abang
2. 2. Adik2 boleh mengunakan segala bahan2 yang ada pada diri adik2 dan sekeliling adik2
3. 3. Selepas itu head faci akan meminta faci2 menguji ketahanan menara tersebut
Perbincangan:
Diibaratkan menara sebagai 1 masalah adik2, kemudian adik2 mengeluarkan barang2 yang ada pada diri adik untuk menyiapkan menara tersebut. Jadi sama lah mcm adik2 …Selepas adik2 kenal pasti apa masalah / halangan yang adik2 ada, adik2 kene sedar semua halangan tu x kan selesai sekirnya adik2 sendiri x selesaikannya, ia bermula dengan diri adik2,.kemudian adik juga mengunakan bahan2 sekeliling adik2(barang2 kawan,ranting,file) ibaratnye adik2 pn boleh meminta pertolongan orng lain untuk bantu mnyelesaikan masalh adik2 contoh cikgu yang memang nk menolong, abg2 faci,akak2 faci n etc.
Checkpoint: Kapal Terbang Kertas
Checkpoint: Bahtera
banggunanku runtuh
Alat- kad poker
Aktiviti -
1. 1. Setiap group akan dibekalkan dengan 1 kotak kad poker
2. 2. Mereka akan diminta untuk mendirikan bangunan dengan kad poker tersebut.
3. 3. Apabila banggunan tersebut sudah agak tinggi dan adik2 sudah leka (dalam20 minit selepas start), faci2 akan bertindak merosakkan banggunan tersebut.
4. 4. Head faci akan provoke adik2 untuk mempertahankan banggunan masing2 dan berusaha membinanya kembali.
5. 5. After 10 minit bergelut, head faci akan menghentikan faci dan adik2.
6. Bincangkan
Perbincangan
Adik2 mendirikan menara mengunakan kad poker,senang ke susah?Mcm 2 la ibaratnye kejayaan.Untuk berjaya bukan mudah, walaupun adik2 dah ada matlamat dan juga keyakinana tapi adik2 kene sedar yang realitinya banyak halangan,cabaran harus ditempuh, adik kena kuat hadapi cabaran dan halangan tersebut supaya Berjaya memperoleh kejayaan tersebut. Dan apabila adik2 leka mcm2 boleh terjadi, sama mcm tiba2 kad2 poker adik tadi kene serang.dengan faci2.
Kad Hadiah
Laju belonku Laju
Masa- 30 minit
Alat- belon, kertas yang adik2 lukis gambaran tadi
Aktiviti -
1. 1. Adik2 diberikn belon seorang 1
2. 2. Minta adik2 tiup dan lepaskan, bagi diaorang main2 sikit
3. 3. Kemudian faci tetapkan 1 target dan minta adik2 letakkan kertas a4 yang dia lukiskan dia d masa hadapan tadi tu ke target tersebut
4. 4. Kemudian minta adik2 tiup belon tersebut dan lepas, kemudian di point mana belon tu jatuh adik2 tiup semula,dan lepas
5. 5. Ulang banyak kali sampai adik2 mencapai target.(kalau x capai pn xpe)
Alternatif -
1. 1. Main2 Sepak bola kearah yang disukai
2. 2. Buat 1 tiang gol yang kecik dan suruh sepak.
Perbincangan -
(BELON)Tanya apa yang adik yang mencapai target rasa, puas x bila dapat capai target. Mula2 tu adik2 just main2 gitu je sebab xada target kan tapi bila akak/ abang bagi target baru adik ada matlamat yang jelas untuk tiup belon dan cuba untuk mencapai target tersebut.
(BOLA) Tanya apa yang adik yang mencapai target rasa, puas x bila dapat capai target. Mula2 tu adik2 just main2 gitu je sebab xada target kan tapi bila akak/ abang bagi target baru adik ada matlamat yang jelas , cuba bayang kan kalau abg besar kan lagi tang gol ni?lagi senang ke lg susah?(ibarat kita ada 1 matamat yang betul2 besar dan jelas)
Pemimpin Negara Kami
Buku Terapung
Pressure Hunting
Kereta Kami
16 February 2011
20 December 2010
Sempurnakan Hidupku...
08 December 2010
Merah atau Hitam?
Bahan/ alatan:
1. 2 keping kertas mahjong (scoring board)
2. 2 keping kertas rujukan (markah)
Pelaksanaan:-
1. Bahagikan peserta kepada dua kumpulan (A dan B).
2. Peserta di'set' minda dengan menyatakan "anda kini berada dalam sebuah organisasi". cth: Facilitator team adalah satu kumpulan.
3. Peserta di beri keterangan bahawa matlamat kumpulan mereka adalah, mendapatkan markah tertinggi KESELURUHAN.
4. Setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang dan memilih warna 'HITAM' atau 'MERAH'?
5. Lantik juri untuk menerima / menolak ‘jawapan daripada setiap kumpulan.
6. Sekiranya kedua- dua kumpulan memilih warna yang sama atau tidak sama salah satu nilai markah seperti di bawah:-
Hitam + Hitam = 50 + 50
Merah + Merah = 75 +75
Hitam + Merah = 0 + 100
7. Langkah diulang sehingga beberapa pusingan. Ketua fasi harus provoke peserta kenapa memilih 'MERAH' bukan 'HITAM' dan sebaliknya.
8. Selepas beberapa pusingan, markah dijumlah dan lihat markah tertinggi KESELURUHAN.
e
21 November 2010
Oxy_en...
· Siapa yang menciptakan kedua-duanya?
· Jika pam oksigen pada jantung dikenakan bayaran... 1 minit = RM 1 1 jam = RM 60 1 hari = RM 1440 7 hari = RM 10080 1 bulan = RM 302400 1 tahun = ? 10 tahun =? 20 tahun =? 50 tahun = ? Sepanjang hayat= ? · Sudahlah tak mampu bayar, malah berhutang pula dengan Allah. “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” (al- Hajj: 46) |
13 October 2010
Rama-rama vs Manusia
Objektif :-
1. Membantu peserta memahami dengan baik konsep hamba dan khalifah.
2. Menyedia ruang cambah idea dan bertukar fikiran dalam perbincangan.
Perlaksannaan :
1. Peserta dalam kumpulan dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil.
2. Peserta dalam kumpulan kecil dinamakan seperti berikut;
- Kumpulan 1 : Rama- rama
- Kumpulan 2 : Manusia
3. Peserta diminta menceritakan kitar hidup setiap di atas
Rasional:-
1. Apakah perbezaan kitar hidup rama-rama dengan manusia?
2. Apakah lebihnya manusia berbanding rama?
3. Apakah gunanya 'kelebihan; yang ada pada manusia?
Kesimpulan:-
Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah cukup sempurna dari segi sifat dan kejadiannya. Hanya yang mengangkat manusia adalah akalnya. Keadaan ini berbeza dengan sifat kejadian si rama- rama yang tiada akal. Justeru, sebagai khalifah, manusia harus menggunakan akal untuk mentadbir bumi dengan berbuat segala kebaikan.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(al- Baqarah: 30)
30 August 2010
Modul Khalifah (untuk mahasiswa)
Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
[110]
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
17 July 2010
You are not alone...
You are not Alone..
Objective/Kesimpulan: taaruf + group binding
Cara:
1. Sediakan topi / bekas
2. Minta pelajar lukis/tulis:
a. Perkara paling menggembirakan
b. Paling sedih
c. Kelakar
d. Harapan
3. Kumpulkan kertas dalam topi/bekas. Masing2 pilih secara rawak. Baca & teka siapa punya
Resolution:
1. Setiap orang ada pengalaman/harapan masing.
a. Bayangkan kalau semua orang sama. Rupa sama. Diprogramkan sama.