18 April 2012

Oh Batu...

Posted on 4/18/2012 by Nor Athirah bt Md Sharif



Pada suatu petang yang indah, Dolly berjalan- jalan di taman.

Dalam keasyikan indahnya taman, tiba- tiba...

....Dolly tersepak batu.

Kaki luka. Darah mengalir bisu.

"Adoi, sengal betul la batu ni, kenapa duduk tengah jalan."


******************************************************************

Jika terjadi peristiwa yang sama kepada kita, bertanyalah kepada diri sendiri, 


APA nilai daripada peristiwa ini?
(cth: berhati- hati)

KENAPA nilai ini penting buatku?

BAGAIMANA mahu memanfaatkan nilai ini dalam hidupku?


Mari latih diri kita untuk bijak me'rasional'kan sesuatu peristiwa/ perkara/ aktiviti/ dll.

atau...

dalam erti kata yang lain berlapang dada mencari butir hikmah atas setiap perkara. Lebih bermakna jika kita mampu mengkaitkan nilai- nilai tersebut dengan mana- mana firmanNya atau tauladan daripada sirah Rasul-Nya.

p/s: 'Formula WWH' di atas, sesuai untuk facilitator guna dalam merasionalkan setiap aktiviti/ modul.




No Response to "Oh Batu..."

Leave A Reply