Pada suatu petang yang indah, Dolly berjalan- jalan di taman.
Dalam keasyikan indahnya taman, tiba- tiba...
....Dolly tersepak batu.
Kaki luka. Darah mengalir bisu.
"Adoi, sengal betul la batu ni, kenapa duduk tengah jalan."
******************************************************************
Jika terjadi peristiwa yang sama kepada kita, bertanyalah kepada diri sendiri,
APA nilai daripada peristiwa ini?
(cth: berhati- hati)
KENAPA nilai ini penting buatku?
BAGAIMANA mahu memanfaatkan nilai ini dalam hidupku?
Mari latih diri kita untuk bijak me'rasional'kan sesuatu peristiwa/ perkara/ aktiviti/ dll.
atau...
dalam erti kata yang lain berlapang dada mencari butir hikmah atas setiap perkara. Lebih bermakna jika kita mampu mengkaitkan nilai- nilai tersebut dengan mana- mana firmanNya atau tauladan daripada sirah Rasul-Nya.
p/s: 'Formula WWH' di atas, sesuai untuk facilitator guna dalam merasionalkan setiap aktiviti/ modul.