02 November 2009

Stranded

Posted on 11/02/2009 by s_eth


Tajuk: Stranded

Objective:

- Mengingatkan peserta hidup ni sementara, hanya tempat persinggahan.

Persediaan:

- Kertas

- Colour pencil (try mintak skolah provide)

- Gambar bandar/airportAbu Dhabi (jika boleh sediakan. Xpun guna laptop je)

Perlaksanaan:

Situasi: Encik Azman dalam perjalanan ke Mekah untuk mengerjakan haji. Perjalanan ke sana mengambil lebih 8 jam dan terpaksa berhenti transit di Abu Dhabi (salah satu bandar Emiriah Arab Bersatu – contoh lain/ Dubai)

Encik Azman sepatutnya dijadualkan untuk berhenti transit selama sejam, namun setelah tunggu hamper 2 jam, masih tiada sebarang berita.

Kemudiannya En.Azman telah diberitahu bahawa trdapat kesilapan teknikal brlaku di mana barang kargonya telah ‘berhijrah’ ke pesawat lain. Usaha untuk membawa pulang kembali barangnya dilakukan, namun tempoh jangkaan yg diberikan pihak pengurusan ialah seminggu.

Sebagai ganti rugi, pihak pengurusan telah memberikan penginapan sementara Airport Hotel kepada penumpang. Pihak pengurusan juga berpesan agar sentiasa alert dengan pengumuman dan tidak keluar jauh dari kawasan airport.

“Seminggu? Camne aku nk survive kat sini?”

“Nak balik Malaysia xboleh, nk g Mekah xbleh. Apa pun xde. Yg ada hanya dokumen pengenalan diri dan beberapa kad bank”

1. Sambil menerangkan situasi, lukis orang (kecil – nk lukis orang lidi pun xpe.. di tengah2 kertas).

2. Fasi bahagikan pelajar kepada 3 kumpulan. Tujuan adalah untuk group binding. Berkongsi idea dan lukis sama2. Setiap kumpulan diberikan kertas yg sama (ada lukis orang )

3. Fasi meminta peserta melukis suasana di airport (dan Bandar Abu Dhabi jika mahu). Minta mereka lukis apa yg perlu ada untuk En. Azman survive di sana . Lukis sekreatif mungkin.

4. Pelajar membentangkan hasil imaginasi masing2.

5. Fasi tunjuk gambar Abu Dhabi (jika ada)





6. Minta pelajar komen gambar betul n lukisan yg mereka lukis.

Expected of comment:

- Pelajar expect benda2 basic. ATM, kedai makan. Kedai baju. Toilet.

- Tapi gmbar tu menunjukkan suasana yg jauh lagi mewah.

Fasi meneruskan situasi:

“Eh lawa rupanya tempat ni. Nk explore lagi la. “

Encik Azman pun jalan2 luar airport, seterusnya ke Abu Dhabi. Beliau pergi ke Bandar. Shopping. Jalan2. Sewa hotel sendiri di Bandar (ye la, Airport Hotel kan free, diorang punya salah)

Tanpa pengetahuan En. Azman, barang kargo selesai sehari 2 lebih awal. Pegawai pengurusan cuba menghubungi En.Azman tapi gagal (ye la, xde handphone. Nk beli kt airport mahal).

Akhirnya syarikat tidak boleh menunggu lagi dan berlepas tanpa En.Azman.

7. Fasi meneruskan kepada sesi kesimpulan.

Kesimpulan:

- Ingat tujuan asal. Matlamat.

- Dunia tempat sementara (persinggahan). Jangan tertipu.

- Manusia secara asalnya berhajat kepada benda basic je di dunia (transit). Namun apabila berlebih2han, boleh terlalai dan lupa tujuan dan matlamat asal.

- Dengar arahan dan peringatan diberikan (kan airport dah pesan, jangan pergi jauh2. Siap bagi hotel lagi. Xcukup kah?)

- Kita bila2 masa boleh ‘berangkat’ dari dunia ni - mati (mcm kapal terbang tu)

















- manusia boleh berkhayal, berimaginasi, (itu pun kita tak sangka ada manusia boleh imagine lagi cantik, mewah) *mcm dalam modul time kita minta pelajar lukis...


Syurga Allah tidak pernah terbayang oleh mata manusia, tak pernah trdengar, even tak pernah terlintas dihati pun. Subhanallah..!

(^_^)


p/s:

.... ada tambahan komen? (kesimpulan atau mahupun cara nk improve modul ni) sila komen di bawah)

=)


1 Response to "Stranded"

Leave A Reply