02 November 2009

Roda Keseimbangan Hidup

Posted on 11/02/2009 by s_eth


Tajuk: Roda Keseimbangan Hidup

Objektif:

- Menilai semula secara objektif aspek2 kehidupan pelajar

- Muhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan diri.

Persediaan:

- Handout (sila download – bahagian Modul/Handout > Matlamat (lihat bahagian bawah Shoutbox, ada widget "click files to download")

- Pen

- Pembaris (digalakkan)

Perlaksanaan:

1. Faci meminta pelajar menyenaraikan (list) aspek kehidupan yg dirasakan penting dalam hidupnya. Contoh ; kesihatan, rekreasi santai, ilmu, akhlak, social (keluarga, rakan), spiritual (agama), kewangan.

2. Faci memberi handout kepada pelajar.

3. Faci meminta pelajar membuat garis merentasi bulatan di atas. Setiap garisan menggambarkan aspek kehidupan yg pelajar sndiri pilih (sperti dinyatakan dalam langkah 1)

4. Pelajar diminta memberi sndiri markah. 10 adalah markah terbanyak. 0 markah paling sedikit. Tandakan “X” pada bulatan.

5. Sambungkan titik2 yg ditandakan.


6. Faci / pelajar boleh komen tentang bentuk roda masing2.

Kesimpulan

- Roda yg terbaik ialah roda yg berbentuk bulat sempurna. Roda yg bengkok menyebabkan kenderaan menjadi senget (penumpang pun xselesa!)

- Pelajar hendaklah mengimbangi semua aspek dalam kehidupan untuk berjaya. Jika terlebih “Santai” (e.g main game) dan kurang “ilmu”.. pelajar harus bijak mengurangkan masa main dan lebih bnyak belajar.. supaya Roda Kehidupan pelajar menjadi lebih bulat & symmetry.



No Response to "Roda Keseimbangan Hidup"

Leave A Reply