30 October 2009

Solat melatih menjadi insan bermatlamat

Posted on 10/30/2009 by s_eth

Solat – Melatih menjadi insan bermatlamat

Diadaptasikan dari buku 55 Petua Orang Berjaya (tulisan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof)

Pernahkan kita memerhatikan bagaimana solat mendidik kita untuk menjadi insan bermatlamat dan berjaya?

Walaupun tidak diwajibkan untuk menyebut lafaz niat (ingat, niat pada hati, bukan pada sebutan lidah semata2), namun perhatikan contoh, apabila seseorang melakukan solat zohor, berikut adalah beberapa aspek yg boleh diperhatikan:

Kerja : Solat

Jenis : Zohor

Sifat Kerja : Empat rakaat

Bagaimana : Berjemaah

Proses : Perlu berwudu’ dahulu. Setiap rukun kemudiannya dijalankan dengan tertib

Matlamat : Mendapat keredhaan Allah & Balasan Syurga yg kekal abadi

Mengambil pengajaran daripada contoh di atas, Faci boleh mencuba mengadaptasikan input baru ini kepada pelajar2. Cuba kaitkan dengan cita-cita dan matlamat pelajar (secara individu).

Contoh:

Matlamat : Usahawan / Businessman

Produk : Keropok Lekor

Jenis Perniagaan: Francais Antarabangsa

Target Jualan : Rm100 juta setahun

Tempoh : 15 tahun selepas menjalankan bisnes

Masa : Memulakan bisnes 3 tahun dari sekarang.

Persediaan/proses:

Lulus SPM dengan cemerlang. Ambil diploma dlm perniagaan (ada ke?).

Buat proposal & pinjaman. Mencari kenalan & kawan untuk membantu..



.. . . dan sebagainya..

Selamat mencuba.

(^_^)


p/s:

Faci boleh mengubahsuai subjek/issue mengikut cita-cita pelajar. Contoh kalau mahu jadi guru, xpayah la “target jualan”.


1 Response to "Solat melatih menjadi insan bermatlamat"

.
gravatar
Anonymous Says....

salam...

menarik. 2 in 1: matlamat halatuju + islamic input...sesuai utk digunakan dlm program motivasi atau kepimpinan...

TQ
ilman

Leave A Reply