31 October 2009
Siapa suka TomYam?
Siapa suka Tom Yam?
(Nota: Modul ni sesuai buat waktu petang/mlm, ketika peserta sedang lapar menunggu waktu makan)
Siapa suka Tom Yam? Tom Yam apakah yg menjadi kegemaran anda? Tomyam ayam? Udang? Seafood? Campur?
Baiklah, abg (fasi) ingin semua:
- Bayangkan tom yam kegemaran anda (e.g dalam mangkuk besar, isi bnyak e.t.c)
- Bayangkan secara jelas (vivid) anda segang memegang mangkuk Tomyam tu. Anda memerhatikan Tomyam tu dengan jelas, warna, tekstur isi2.
- Bawa Tomyam tu dan hidu (bau Tomyam yg masih berasap) tu.
- Hirup sedikit kuah Tomyam . Masam, pedas.. Sedap kan?
*tamat sesi imaginasi*
Baiklah sekrang, apakah yg sedang berlaku dalam mulut anda (peserta)?
Ada xperasan mcm keluar air liur dalam mulut? (water brash?)
Tapi berbalik kepada reality, adakah Tomyam betul2 wujud dalam mulut anda?
(Kesimpulan) Kepercayaan dapat mengubah proses biokimia dlm badan anda !!
Mengapakah sesetengah kita menghadapi kesukaran dalam subject sejarah? Sesetengahnya baru nk buka buku sudah mengantuk. Buku berjaya dibaca, tidak faham pula.
Ini adalah kerana (otak) kita percaya subject sejarah itu membosankan, susah e.t.c.
Kaitan dengan aktiviti tadi, semasa membayangkan Tomyam, badan kita menghasilkan tindakbalas sebagai persediaan untuk makan (walaupun sebenarnya takde pun Tomyam)..
..itu adalah kerana kita percaya kita betul2 akan makan Tomyam!
Kelenjar liur dan sistem penghadaman kita bersedia menerima kedatangan Tomyam.
Bring it on!
Maka, apabila kita percaya subject sejarah subject yg menarik, maka tindak balas kimia (yg lebih kurang sama) akan terhasil. Otak akan lebih bersedia untuk mendaftar idea, memproses idea, merumus idea dan pelbagai lagi macam2 proses. Malah lebih cergas dan tahan lama (endurance) sbb seronok.
(sbb tu orang boleh tngok movie 2 jam lebih tak rasa penat, sebab seronok. Study? 20 minit dah ngantuk)
Jika benci & berfikiran negative?
Kesannya adalah sebaliknya.
Fikir2kanlah.
1 Response to "Siapa suka TomYam?"
salam...
ok, ringkas dan padat. sesuai digunakan dlm sharing moment yang ada kaitan dgn tips belajar.
TQ
ilman
Leave A Reply