30 October 2009

Modul Berconnection

Posted on 10/30/2009 by Hisservant

"Modul yang terbaik adalah modul yang mempunyai connection dengan orang yang dimodulkan" (as being said by sheth)


Bagaimanakah membuat connection dengan orang yang dimodulkan?


1. Gunakan setiap LDK sebaiknya untuk mengenali peserta. Bukan sekadar kenal nama, tapi ciri-ciri yang kadang-kadang unsaid, unwritten.


Contoh: Seorang pelajar sangat loyar buruk. Kita mungkin ingat dia seorang yang gila-gila. Tapi bila kawan-kawan dia kata, 'kau ni kenapa, buang tebiat ke?', we know it's not his true colour. He turned out to have some inferiority problem, and didn't know how to act in front of fasi supaya fasi tak tau dia sebenarnya rasa inferior. (pengalaman betul ni, in the end si loyar buruk ni menangis kata, dia tak nak depan fasi pun kawan2 pandang dia inferior)


:mSad:


2. Description cikgu tentang pelajar adalah untuk preparation awal kita sahaja, kadang-kadang ia exaggerated, atau cikgu mungkin terlepas pandang masalah sebenar pelajar. Jangan bergantung semata-mata pada maklumat cikgu, fasi perlu observe sendiri.


Contoh: Cikgu kata pelajar degil dan kurang ajar. Kita plan untuk guna pendekatan keras. Tapi bila tengok waktu pendaftaran, pendekata keras cikgu tak disukai. Ubah plan serta-merta! (sebenarnya fasiteam tak guna sangat pun approach keras)


3. Post-mortem sekurang-kurangnya setiap malam (untuk program 3 hari) perlu digunakan untuk mengumpul feedback tentang peserta dan keberkesanan modul yang disediakan sebelum program. Jika tak sesuai, head fasi jangan ragu-ragu untuk ubah dan buat modul yang lebih sesuai.


Contoh: modul yang disediakan menyuruh peserta belajar bersungguh-sungguh (sesuai untuk pelajar yang malas), tapi pelajar semuanya rajin-rajin tapi tak tahu cara belajar, kurang keyakinan diri, tak boleh belajar kerana masalah keluarga etc. Pelajar akan rasa, akak ni tak faham-faham ke, asyik2 suruh orang belajar, dia tak faham masalah kita. Lebih baik gunakan modul yang mengingatkan hidup memang banyak ujian, pandang masa depan, etc.


4. Banyakkan bersama peserta, untuk menguatkan rapport. Rapport bermula dari pelajar sampai (atau fasi sampai) ke tempat program, dan perlu diteruskan lepas LDK, contoh waktu makan, solat etc. Dengan rapport, peserta lebih open, dan mereka lebih senang menerima, dan fasi pun lebih tau apa yang patut.


Contoh: Bila waktu solat kita nampak adik kumpulan kita terkial-kial nak ambil wudhu'. Directly boleh tanya, biasa tak solat ke, kenapa? dan dalam LDK kalau ada modul yang sentuh tentang solat, bolehlah bagi analogi yang berkenaan dengan adik tu. kalau cukup berani, pandang adik tu dengan pandangan yang ikhlas menegur.


5. Fasi perlu kreatif menyesuaikan modul yang disediakan dengan peserta. Cuba bagi contoh yang lebih dekat dengan situasi adik-adik. Kena fikir banyak sikit, jangan bergantung pada head fasi saja.


:mThinking:


6. Ikhlas. Satu perkataan ni dah cukup untuk menggambarkan betapa kita mahu adik-adik mendapat manfaat dari apa yang kita ingin sampaikan, betapa kita mahu adik-adik menjadi seperti apa yang dia sepatutnya jadi, dan betapa kita akan menggunakan apa-apa cara (yang berlandaskan syara') supaya adik-adik mendapat kebaikan. Betapa kita mahu menyampaikan apa yang Allah suruh kita sampaikan. Cakaplah dari hati, insyaAllah akan sampai ke hati.


Selamat membuat connection.




:mHihi: ini hanya sedikit pendapat, sila kongsikan apa yang patut..

1 Response to "Modul Berconnection"

.
gravatar
Anonymous Says....

salam...

artikel ni patot dibaca junior fasi+senior fasi...perkara-perkara yang dinyatakan di atas patut selalu diingatkan setiap kali berprogram terutamanya semasa induction..

rapport@building connection adalah benda sgt basic dan sgt penting...nak tambah sket, tugas fasi bukan hanya dlm ldk sahaja tapi berterusan seawal program bermula sampai abes program termasuk tugas fasi utk membuat followup.

TQ
ilman

Leave A Reply