30 October 2009

Lori buah

Posted on 10/30/2009 by Hisservant

Tajuk: Penjual buah, lori, dan perjalanan hidupnya.. (haha, macam jiwang tajuk ni)

Objektif:
-mindsetting hidup seorang Muslim

Pelaksanaan:
Fasi bagi satu cerita:
"Ada seorang penjual buah-buahan. Dia mempunyai kebun buah tembikai, pisang, durian dan beberapa buah lain. Dia seorang usahawan yang gigih, semua hasil tanamannya dijaga sendiri, dari proses penanaman hinggalah menghantar ke pemborong. Dia mempunyai sebuah lori, dan dengan lori itulah dia menghantar buah-buahannya.

Pada suatu hari, dia ingin menghantar tembikai kepada pemborong. Pagi-pagi lagi dia memunggah tembikai ke dalam lorinya. Setelah penuh lorinya dengan tembikai yang segar dan berkualiti, dia pun memandu lorinya ke destinasi.

Sedang dalam perjalanan, lorinya ditahan polis yang sedang membuat road-block. Polis tersebut mengecheck road-tax dan lesen memandu, lalu ingin mengecheck lorinya. Berlakulah dialog berikut:
Polis: Awak bawa apa banyak-banyak dalam lori ni?
Penjual: Tembikai, tuan
Polis: Betul tembikai? Kalau saya jumpa pisang macam mana?"

Berhenti cerita. Fasi tanya, boleh ke polis tu jumpa pisang? Kalau adik-adik jadi penjual, apa adik-adik jawab? Kemudian sambung cerita:

"Penjual: Laa, dah saya bawa tembikai, takkanlah jumpa pisang pula.. Ada ke pisang, tuan?
Polis: (selepas mengecheck lori) tembikailah semua, dah awak bawa tembikai. Saya gurau je tadi.

Penjual pun meneruskan perjalanan. Setelah hampir sampai ke destinasi, tiba-tiba dia teringat. 'Alamak, hari ni khamis lah, hari khamis taukeh nak buah durian, bukan tembikai. Macam mana boleh terlupa ni. Takkan nak patah balik, dah nak sampai ni, lagipun dah lewat. Tapi kalau hantar tembikai, taukeh nak ke ambil, dia order durian hari ni.."

Berhenti lagi. Tanya kepada peserta, kalau adik-adik jadi penjual, nak patah balik ke, teruskan hantar order yang salah? Kemudian sambung cerita:

"penjual berkata dalam hati, 'lebih baik aku terlewat dari hantar benda yang salah, nanti penat-penat pergi, kena reject. sebelum tu call dulu lah taukeh bagitau terlewat dan minta maaf, insyaAllah, taukeh ni understanding dan baik orangnya.

maka dia pun menelefon taukeh dan meminta maaf atas kesilapannya. Taukeh menerima dengan senang hati, 'nasib baik awak tak malu nak minta maaf, saya ada banyak stok tembikai, kalau awak teruskan hantar tembikai memang awak balik sia-sia'.

penjual pun berpatah balik untuk mengambil durian. biarpun penat, dia tetap bersabar untuk memastikan taukeh berpuas hati dan dia mendapat rezeki yang halal.

tiba-tiba, 'PIIIIIIIIN!!!!!'. kedengaran bunyi hon yang kuat sekali. seorang pemandu motosikal di laluan bertentangan cuba memotong sebuah bas, tapi tak sempat dan terbabas ke lorong penjual. Sebuah kancil di hadapan lori penjual membuat brek kecemasan untuk mengelak motosikal itu, dan penjual lori juga terpaksa mengikut brek. malangnya jalan yang licin membuatkan sukar untuk lori dihentikan, lalu penjual terpaksa membelok untuk mengelakkan terlanggar kereta kancil itu. lebih malang lagi, lori tidak dapat dikawal, lalu 'SREEEEET... KABOOOOM!!!!'

lori telah terbalik di tepi jalan. penjual cedera, tapi masih sedar dan boleh bergerak. dengan bantuan beberapa passerby, dia dikeluarkan dari lorinya. sementara menanti bantuan kecemasan datang, penjual hanya mampu duduk di tepi jalan sambil ditenangkan oleh passerby, dan memandang sayu ke jalan. dia hanya mampu memandang lori hasil titik peluhnya tersadai, dan buah-buahan usahanya berterabur di atas jalan.."

Tamat cerita. fasi bertanya, bayangkan adik-adik ada di situ, buah-buahan apakah yang berterabur di jalan?

Kesimpulan:
1. Apa yang kita bawa dalam kehidupan, itulah yang akan tergambar dan dilihat oleh orang. Orang yang kata hatinya yakin pada Allah akan berakhlak dengan keyakinan tersebut. Bila datang ujian, itulah true-colour yang akan terpamer. Kalau iman yang kita bawa, itulah yang orang akan jumpa.
2. Perjalanan hidup kita ada tujuan, tujuan kita ditetapkan oleh Tuan kita. Andai kata kita tersalah, bila-bila masa kita boleh bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Allah itu Maha Pengampun.
3. Tidak rugi bersusah untuk mencapai keredhaan Allah.
4. Kita akan mati bila-bila masa. apa yang kita bawa sepanjang hidup, itulah bekalan yang akan kita bawa apabila mati. lori buah tembikai, kalau tergolek, ia tergolek bersama buah tembikai, bukan durian..

** cerita yang panjang. perlukan kreativiti dan feel untuk bercerita
** boleh gunakan slide show yang ada gambar-gambar petani, lori buah, road-block, lori accident.

7 Response to "Lori buah"

.
gravatar
Hisservant Says....

huuu.. panjangnya post ni. entah kenapa tulisan dia kelabu. default colour memang kelabu ke?

.
gravatar
Hisservant Says....

Tambahan kesimpulan.
1. amalan yang kita rasa baik, tapi tak disukai Allah, tetap tak diterima.
2. selalulah check balik, adakah apa yang kita buat selari dengan kehendak Pencipta kita?

.
gravatar
Hisservant Says....

Tambahan cadangan.
1. Boleh buat macam bedtime story, cerita last sekali sebelum tidur
2. Kalau ada slide show dan pencerita yang baik, boleh buat waktu sesi mass / tazkirah

.
gravatar
s_eth Says....

Nk minta izin nk besarkan font.
..mataku sakit..

(terus buat walaupun author asal xjawab lagi pun)

.
gravatar
s_eth Says....

Menarik !!

Suka kesimpulan no 4.

Em.. berkaitan power point, stuju jugak.
Skrang zaman moden, rasanya ramai dah ada laptop.
Ok je kalau bawak laptop dlm LDK. Lg menarik (boleh tunjuk gambar, video, muzik, pngalaman blajar kat Univ)..

..kalau takut hilang time prog, kita kan ada biro resource. Mintak diorang jagakan..
=)

.
gravatar
Hisservant Says....

besarkan je. entah kenapa kalau dah besarkan font size pun still size ni yg keluar

.
gravatar
Anonymous Says....

salam...

1 benda yang agak klaka ialah cerita bagaimana accident tu berlaku agak panjang, klu dapat fasi yang kreatif+pandai bagitau cerita, mesti part accident tu cam menarik...

ok, sesuai utk sesi secara mass dgn bantuan slideshow. klu nak buat dlm ldk, boleh je tp mungkin fasi sendiri kena berlatih bercerita terlebih dahulu sebelum bercerita dlm ldk.

TQ
ilman

Leave A Reply