20 December 2010

Sempurnakan Hidupku...

Posted on 12/20/2010 by mtc



Objektif:-

1. Menjelaskan akan pentingnya solat dalam membentuk keperibadian yang baik.
2. Menyatakan indahnya hidup tanpa meninggalkan solat.
3. Mencetus rasa tanggungjawab kepada diri dan Tuhan.


Bahan/ alat:-

1. 20 batang lidi
2. salotep (jika mahu- pilihan)


Pelaksanaan:-

1. Setiap kumpulan dibekalkan sebanyak 20 batang lidi.
2. Para peserta diberi sebanyak 17 batang lidi sahaja.
3. Dengan lidi itu peserta diminta menghasilkan suatu bentuk yang menyerupai manusia dengan pakaian yang lengkap. (lelaki/ perempuan)
4. Di tangan fasi masih ada 3 batang lidi. Sekiranya peserta memintauntuk menambah lidi, fasi akan beri tambahan 3 batang lidi tersebut.
5. Setelah siap, peserta diminta untuk menerangkan hasil kerjanya.
6. Fasi boleh provoke peserta dengan mencabut/ mengurangkan bahagian-bahagian tertentu pada 'manusia' itu. Lihat/ dengar apa respon mereka.


Kesimpulan:-

1. Apa terjadi pada 'manusia' sekiranya lidi yang dibekalkan hanya 2 batang? 4 batang? 8 batang sahaja? Adakah dapat menghasilkan bentuk 'manusia' yang sempurna dan cantik sifatnya?
2. 17 batang lidi = 17x bacaan al- fatihah dalam solat (5x solat). Sekiranya seseorang itu dapat menyempurnakan solat dengan 'cukup' dalam sehari, maka 'cantik'lah hidup seseorang itu dapat ke'cacat'an di mana- mana.
3. Sekiranya mahu kelihatan 'cantik' dan 'indah', maka cantikkan dan indahkanlah solat kita (tunaikan dengan sempurna).


"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahikan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

No Response to "Sempurnakan Hidupku..."

Leave A Reply