13 October 2010
Rama-rama vs Manusia
Objektif :-
1. Membantu peserta memahami dengan baik konsep hamba dan khalifah.
2. Menyedia ruang cambah idea dan bertukar fikiran dalam perbincangan.
Perlaksannaan :
1. Peserta dalam kumpulan dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil.
2. Peserta dalam kumpulan kecil dinamakan seperti berikut;
- Kumpulan 1 : Rama- rama
- Kumpulan 2 : Manusia
3. Peserta diminta menceritakan kitar hidup setiap di atas
Rasional:-
1. Apakah perbezaan kitar hidup rama-rama dengan manusia?
2. Apakah lebihnya manusia berbanding rama?
3. Apakah gunanya 'kelebihan; yang ada pada manusia?
Kesimpulan:-
Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah cukup sempurna dari segi sifat dan kejadiannya. Hanya yang mengangkat manusia adalah akalnya. Keadaan ini berbeza dengan sifat kejadian si rama- rama yang tiada akal. Justeru, sebagai khalifah, manusia harus menggunakan akal untuk mentadbir bumi dengan berbuat segala kebaikan.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(al- Baqarah: 30)
2 Response to "Rama-rama vs Manusia"
xpaham...mcmn korg rational mende ni???
anda bijak memikirkan caranya...!
Leave A Reply