30 August 2010

Modul Khalifah (untuk mahasiswa)

Posted on 8/30/2010 by s_eth

Untuk modul Khalifah peringkat mahasiswa, kita expect perbincangan yang lebih berat dan mendalam.


Juga perlu diingat, apabila disebut tentang khalifah, perlu specific dan tidak boleh campur issue lain (contoh, issue solat, puasa dan lain2 rukun islam... atau campur adukkan issue integriti , rasuah e.t.c.)

Kalau campur aduk issue, nanti takut penjelasan tak clear.

Contoh trigger:

1#

Ahmad seorang engineer yang berjaya. Gajinya berbelas-belas ribu. Ahmad memiliki rumah yang besar, kereta model terkini. Meskipun Ahmad kaya, namun dia tetap bersyukur dan mengerjakan solat 5 waktu. Ahmad juga berpuasa setiap Ramadhan.
Pada akhir hayatnya, Ahmad meninggalkan harta yg banyak untuk diwarisi keluarganya..

2#
Ah Chong seorang businessman yang berjaya. Gajinya berbelas-belas ribu. AhChong memiliki rumah yang besar, kereta model terkini. AhChong kerap pergi ke tokong untuk menyembah tuhan dan berterima kasih kepada tuhan. AhChong juga banyak melakukan kebaikan seperti menderma kepada orang susah. AhChong percaya jika dia buat baik di dunia ini, nanti dia akan dibangkitkan semula dalam keadaan baik.

Persoalaan:
1. Apakah persamaan antara Ahmad dan AhChong?
- harta banyak, percaya Tuhan (masing-masing), commited terhadap agama masing-masing.


2. Apakah perbezaan antara Ahmad dan AhChong?
- tak banyak beza.. kalau beza pun agama...both Ahmad & AhChong hidup menggunakan harta dunia untuk kepentingan sendiri.


Trigger 3#

Hotlink ingin berkerjasama dengan Hitz.fm untuk menganjurkan satu consert mega, untuk mengutip dana untuk membantu mangsa gempa bumi di Pakistan. Artis-artis yang dipanggil diminta memberi kata-kata semangat & perangsang untuk menderma dan membantu rakyat Pakistan dalam kesusahan.

Trigger 4#

Ikim.fm dan Haluan bekerjasama menganjurkan consert amal untuk mengutip dana untuk disalurkan kepada warga Palestin.

Persoalaan:

Apakah persamaan antara Hitz.fm & Ikim.fm?
- kedua-dua ingin kutip duit, untuk bantu yg dalam kesusahan. Kedua-duanya menggunakan consert sebagai tarikan.

Apakah perbezaan antara Hitz.fm & Ikim.fm?
- Hitz.fm memanggil artis barat, yg mungkin (pasti?) tidak menutup aurat. Tambahan jika artis yg dipanggil itu perempuan. Terdapat percampuran antara perkara baik & buruk (mana lagi besar?)


Trigger #5

Sister in Islam memperjuangkan hak wanita, mereka ingin hak wanita disamaratakan (imam, kewajipan tudung, talak)

Persoalaan:
- Bukankah keadilan itu penting untuk diperjuangkan? Mengapa perlu wujud perbezaan hak lelaki & wanita?

Trigger #6

Compare:
- 'Undang-undang' barat cuba menyekat dagangan wanita (hamba seks), katanya mereka mangsa exploitasi .. . . . .tapi pada masa yg sama mempromosikan fesyen2, iklan2 menggunakan wanita sebagai 'pelaris'/tarikan.
- Barat cuba membanteras kemiskinan dengan mengutip derma, menyalurkan bantuan kewangan dari semasa ke semasa kepada negara miskin dan membangun. . . . . tapi pada masa sama mengenakan riba yg tinggi kepada negara miskin , seterusnya terperangkap dalam hutang yang membebankan..
-

MAIN TRIGGER (combined)

Apakah kaitan semua issue yg dibincangkan ini dengan konsep khalifah?

(suggestion) Jawapan:

Khalifah
- Tugas khalifah ialah

1)memakmurkan bumi.
2)'wakil' untuk menegakkan Islam di muka bumi.
iaitu:- menegakkan amar ma'ruf nahi munkar mengikut panduan & guideline yg Allah tetapkan.

Non muslim mungkin cuba buat kebaikkan, tapi kalau tak ikut prinsip & guideline yg Allah tetapkan (islam), pasti ada kelemahan & kekurangan.
Muslim yg hanya beribadah seperti solat, puasa e.t.c. tidak sepenuhnya mencapai maksud seruan menjadi khalifah, kerana seruan amar maruf nahi munkar itu disebut sebagai syarat untuk menjadi sebaik2 umat

Ali-Imran:
[109]
Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
[110]
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).




3 Response to "Modul Khalifah (untuk mahasiswa)"

.
gravatar
mtc Says....

syukran.
menarik.
critical thingking.
bagaimana pula jika modul hamba utk mahasiswa?

.
gravatar
s_eth Says....

kadang2 kita tercampur konsep hamba & khalifah..

Kita boleh jadi hamba yg baik dengan solat, puasa e.t.c...

tapi xsemestinya itu bermakna kita memenuhi tuntutan menjadi khalifah..

Tuntutan khalifah ialah untuk ...?

Leave A Reply