15 April 2010

Siapa Punya?

Posted on 4/15/2010 by mtc



Objektif:

1. Perkukuhkan ikatan ukhwah di kalangan fasi dan peserta.

2. Membina rasa muhibbah (kasih sayang) antara satu sama lain.


Alatan:


1. Kertas A4

2. Pen


Pelaksanaan:


1. Peserta diminta membahagikan kertas A4 kepada 4 bahagian.

2. Setiap bahagian boleh ditulis beberapa perkara. Cth:-

- Apakah maksud nama sy?
- Hero yang saya suka
- Kalau dapat 1 juta nak buat apa?
- Sebutkan 3 ciri diri (2 benar + 1 tak benar)
- Apa pandangan pertama saya terhadap sahabat di sebelah kanan saya?
- Kemudian fasi minta peserta kumpulkan di tengah bulatan.

3. Peserta akan ambil semula secara rawak. (selain kepunyaan sendiri)

4. Peserta diminta utk membaca kepada semua ahli kumpulan tentang maklumat yang tertulis di kertas yg baru dimilikinya.

5. Peserta yang mendengar harus meneka milik siapakah kertas itu.


Kesimpulan:

1. Mengenal nama tidak bermakna mengenali kesemuanya.

2. Mengenali sahabat lebih dalam dari aspek berbeza.

3. Penilaian / pandangan pertama adakalanya tepat, adakalanya tidak tepat sama sekali.

4. Kenalilah sahabat dari hati, bukan dari persepsi.


"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara..."
(al-Hujurat: 10)

No Response to "Siapa Punya?"

Leave A Reply