15 April 2010

Apa? Kenapa? Bagaimana?

Posted on 4/15/2010 by mtc



Objektif:

1. Merapatkan jurang antara ahli dalam kumpulan dengan melontarkan pendapat.

2. Mencetus keinginan peserta untuk berkongsi dengan sahabat lain tentang apa yang diketahuinya.


Pelaksanaan:

1. Fasi sekadar mencetus 1 soalan kepada peserta. Cth:-

- Sedekah amalan yg baik. Sedekah pada hari jumaat juga baik dan lebih berkat. Bolehkah cakap begitu? Kalau boleh, kenapa? Kalau tak boleh, kenapa?
- Pernah lihat sejadah berdiri? Boleh percaya ke?
- Perlukah manusia kepada agama? Bukan ke agama tu menyusahkan dan mengikat?
- Apakah beza Ahmad dengan David?
- Sama tak Islam dengan agama lain?


Kesimpulan:


1. Adab dalam bertutur juga mampu untuk mengurangkan jurang antara satu sama lain.

2. Kita harus bijak dalam berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

3. Biarlah hasrat untuk berkongsi sesuatu mengatasi malu yang tidak 'bertempat' itu.


"Dan di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada tabir dan di atas A'raf (tempat yang tertinggi) ada orang yang saling kenal-mengenal, masing-masing dengan tanda-tandanya. Mereka menyeru penghuni syurga, "Salamun a'laikum" (salam sejahtera bagimu). Mereka belum dapat masuk, tetapi mereka ingin segera (masuk)."
(al-A'raf: 46)


No Response to "Apa? Kenapa? Bagaimana?"

Leave A Reply