Objektif:
1. Peserta- peserta mampu membawa hati dan fikiran ke dalam program.
Alatan/ bahan:
1. Kertas A4
2. Pen/ pensel
Pelaksanaan:
1. Arahan mudah: “tolong lukiskan cawan.”
2. Selepas beberapa minit, peserta diminta menunjukkan hasil lukisan kepada sahabat-sahabat yang lain.
3. Kemudian fasi boleh provoke peserta dengan bertanya:-
- "Kenapa hampir/ kesemuanya melukis 'cawan' yang sama?"
- "Kenapa tiada yang melukis bulat sahaja?"
- "Kenapa tiada yang melukis segaris sahaja?"
Kesimpulan:
1. Lukisan cawan yang sama menunjukkan pandangan dari sudut yang sama juga.
2. Peserta seharusnya mampu untuk melihat dari sudut pandang yang berbeza.
3. Bermula dengan tanggapan yang positif, akan melahirkan kehendak yang optimis seterusnya mampu merasakan kepentingan akan sesuatu program itu.
4. Pandangan/ tanggapan yang optimis lebih menguntungkan.
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah sedang dia mengerjakan kebaikan, dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayanganNya."
(an- Nisa': 125)
(an- Nisa': 125)