21 November 2009

Siapa Paling Layak?

Posted on 11/21/2009 by Unknown


Objektif:

1.group binding
2.untuk melihat p0ntensi diri setiap pelajar

Perlaksanaan:

Fasi akan membahagikan pelajar-pelajar kepada 4 kumpulan.

Kumpulan 1: Tukang kayu
Kumpulan 2: Ahli Sihir
Kumpulan 3: Tukang Jahit
Kumpulan 4: Tukang Masak

Fasi mula bercerita. Di dalam sebuah penjara, seorang banduan yang merupakan seorang tukang kayu sangat berasa sangat bosan. Dia kemudiannya berjalan-jalan di kawasan lapang penjara dan menjumpai kayu. Dia mendapat idea untuk mengukir kayu itu menjadi seorang lelaki dan meninggalkan patung lelaki itu di situ.

Keesokkannya, seorang banduan yang merupakan ahli sihir menjumpai patung lelaki yang diukir oleh tukang kayu semalam. Dia menggunakan kuasanya dan menjadikan patung lelaki itu seorang lelaki hidup. Lelaki itu berjalan-jalan di dalam penjara tanpa memakai sehelai baju.

Kemudian, apabila berjumpa dengan seorang banduan yang merupakan tukang jahit, dia menjahitkan pakaian untuk lelaki itu. Lelaki itu berasa sangat lapar dan hampir mati kelaparan. Nasib baiklah ada seorang banduan yang merupakan tukang masak menjumpainya. Lalu, tukang masak itu memasakkan makanan untuk lelaki itu supaya lelaki itu tidak mati kelaparan.

Persoalannya sekarang, siapakah yang paling layak untu memiliki lelaki itu? Adakah tukang kayu yang telah mengukir kayu menjadi patung manusia? Adakah ahli sihir yang telah menjadikan patung itu kepada seorang lelaki? Adakah tukang jahit yang menjahitkan baju kepada lelaki itu? Ataupun tukang masak yang menyelamatkan lelaki itu dari mati kelaparan?

Setiap kumpulan akan diberi 5 minit untuk diskusi kenapa dia yang paling layak mendapatkan lelaki tersebut. Kemudian, setiap kumpulan diberi masa 20 minit untuk berdebat.

Jawapannya, tiada seorang pun yang layak mendapatkan lelaki tersebut kerana apa yang mereka buat telah menyalahi undang-undang penjara. Mereka sepatutnya melakukan aktiviti harian yang telah ditetapkan oleh pihak penjara dan bukannya melakukan apa yang telah mereka buat untuk lelaki tersebut.

Resolusi:

1. Setiap manusia ada peranan dan kelebihan masing-masing. Perlulah saling lengkap-melengkapi.
2. Sebagai pelajar, jangan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang sekolah atau ajaran ibu bapa dan guru.

p/s: Module ini sama dengan module "Parachute" dan bahagian-bahagian rumah. Lebih dikenali sebagai Debat Perdana.

No Response to "Siapa Paling Layak?"

Leave A Reply