21 November 2009
Mari Puasa
Ada satu syarikat multinasional telah membuka cawangan baru di Malaysia. Syarikat tersebut menawarkan pelbagai jawatan kosong untuk diisi. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, kerana negara sedang mengalami kegawatan ekonomi. Banyak syarikat yang terpaksa ditutup dan ramai yang dibuang kerja. Pada hari temuduga, datanglah berduyun2 pemohon dengan pelbagai sijil kelulusan masing2, dengan harapan tinggi diterima bekerja setelah perit hidup menganggur. Berjalanlah sesi temuduga..
Nampaknya pemohon terlalu ramai. Kebanyakan mereka mempunyai kelulusan yang sesuai dengan jawatan yang dipohon, dan berdasarkan temuduga memang layak untuk mengisi jawatan tersebut. Maklumlah, mereka menganggur bukan kerana tidak berkelulusan, tapi diberhentikan. Malah ada yang pernah bekerja di syarikat yang terkenal dengan jawatan tinggi. Pihak sumber manusia pening untuk memilih pekerja yang paling layak, lalu mengadu kepada Pengarah syarikat..
Pengarah syarikat mengumpulkan semua pemohon di dalam dewan. Beliau pun berucap: "Terima kasih kepada semua calon kerana memohon kerja di syarikat ini. Nampaknya bilangan pekerja yang layak melebihi kekosongan yang ada. Jadi saya akan mengadakan latihan untuk semua pemohon dan penilaian berperingkat untuk menapis pekerja. Mulai esok, anda semua akan memulakan latihan di jabatan masing2. Setuju?"
Semua pemohon lega kerana diberi peluang menunjukkan kebolehan masing2. Masing2 setuju untuk datang pada esok hari.
Pengarah berkata "Dengan satu syarat, esok, tiada siapa pun yang dibenarkan berpuasa. Sesiapa yang berpuasa tidak layak mengikut latihan, bermaksud gagal penilaian serta merta. Siapa tidak setuju tidak perlu bekerja di sini."
Masing2 memandang sesama sendiri. Semua pemohon adalah Muslim. Mereka perlukan kerja. Ekonomi sedang gawat. Dan esok adalah 1 Ramadhan..
................................................
Keesokan harinya, para pelatih berkumpul di dewan. Jumlahnya lebih sedikit dari hari semalam.
Pengarah memulakan sesi "Sesiapa yang berpuasa hari ini, sila berdiri."
Tiada yang berdiri.
"Saya ulangi, sesiapa yang berpuasa hari ini, sila berdiri. Anda boleh menipu saya, tetapi tidak Tuhan."
Satu perlima dari mereka berdiri dengan berat hati, sudah tentu terlepas jawatan.
"Yang berdiri, kamu diterima bekerja. Yang tidak berpuasa, kamu gagal!!"
Masing2 terkejut! Mereka hanya mengikut arahan!!
"Kalau arahan Tuhan kamu pun kamu boleh langgar dan permainkan, apatah lagi arahan saya, pengarah yang hanya manusia seperti kamu."
** Cerita asal dapat dari satu ceramah, tapi tak ingat apa & siapa penceramah. Tribute to pemilik idea asal.
2 Response to "Mari Puasa"
"..Inna akramakum 'indAllahi atqakum.."
Xsilap lm buku ESQ pun ada cita ni..
bnyk lg kisah mnarik.
Tp xsmpat nk extract. Lgpun kebnyakkannya crita berat..
kena ubahsuai dulu...
Leave A Reply