30 November 2009

Ya, Tidak, Err.., Emm...

Posted on 11/30/2009 by mtc



Objektif:

1. Ice-breaking

Material:


Tiada

Pelaksanaan:

1. Setiap peserta mencabut nama rakan lain. Pastikan tiada yang mendapat nama sendiri.
2. Setiap peserta akan bertanyakan 2 soalan kepada rakan yang dicabut namanya. Contoh: Adakah anda lelaki?, Adakah anda sedang memakai baju kurung?
3. Rakan yang ditanya dikehendaki menjawab soalan TANPA menggunakan perkataan Ya, Tidak, Err, atau Emm.
4. Jika perkataan tersebut digunakan sebanyak 2 kali, peserta terkeluar permainan.
5. Teruskan permainan beberapa pusingan, dengan mengeluarkan nama peserta yang terkeluar pada setiap pusingan.

Rumusan:

1. Menguji kepekaan semasa permainan dijalankan.
2. Kita harus berfikir sebelum bertindak.
3. Akur bahawa setiap tindakan, ada kesannya.


No Response to "Ya, Tidak, Err.., Emm..."

Leave A Reply