30 November 2009

Google Map

Posted on 11/30/2009 by mtc


Objektif:

1. Ice-breaking
2. Potensi diri

Material:

Peta Kuantan atau kawasan berdekatan sekolah (dari google map).

Pelaksanaan:


1. Fasilitator mengeluarkan sebuah peta Kuantan atau kawasan berdekatan sekolah.
2. Setiap peserta dikehendaki menandakan tempat tinggal mereka.
3. Setiap peserta akan bercerita tentang kawasan kejiranan mereka kepada kumpulan, dan perlu memberikan 3 keistimewaan tempat tinggal mereka.

Rumusan:

1. Mengenal sahabat melalui asal usulnya.
2. Setiap tempat di dunia ini adalah bumi Allah.
3. Kita harus bersyukur kerana tinggal di tempat yang aman dan damai.

Alternatif:

Boleh menggunakan peta Malaysia dan meminta peserta menandakan:
a. Kampung mereka, atau
b. Tempat paling menarik pernah dilawati, atau
c. Tempat yang mempunyai sejarah dalam hidup mereka
dan bercerita mengenainya.


No Response to "Google Map"

Leave A Reply