01 November 2009

Krisis Identiti

Posted on 11/01/2009 by s_eth

Objective:

- Ice-breaking

- Menilai sejauh mana rakan kita mengenali kita.

Persediaan:

- Stick-note

- Cellotape / gam kanji

(in case stick note tak melekat)

Perlaksanaan:

1. Tulis nama masing2 pada ‘stick-note’.

2. Faci akan kutip.

3. Faci meminta masing2 memejamkan mata. Fasi

menerangkan situasi “ Sekarang identity ada akan bertukar - identiti krisis...(ikut kreativiti fasi)

4. Faci akan menampal ‘stick-note’ secara rawak pada dahi peserta.

5. Peserta diminta buka mata. Peserta tidak dibenarkan menyentuh ‘stick-note’ sehingga selesai modul.

6. Permainan bermula dengan seorang peserta bertanya dua soalan mengenai ‘identiti baru’nya. Soalan hendaklah yg menjurus kepada jawapan “ya” atau “tidak” sahaja. Rakan2 lain boleh menjawab soalan.

7. Selepas bertanya 2 soalan peserta dibenarkan meneka ‘identiti baru’nya. Jika salah, boleh peserta di sebelah boleh meneruskan permainan dengan langkah 6.

8. Sekiranya betul, peserta diminta menjelaskan bagaimana beliau dapat meneka dengan tepat.

9. Teruskan permainan sehingga akhir permainan.

Tips:

** aktiviti boleh dijadikan lebih menarik dengan sistem denda (kalau jawab salah).

Cadangan denda: berpantun mengenai diri sndiri, menyanyi, cerita pengalaman paling memalukan..e.t.c

** lebih menarik jika Faci boleh ‘lekat’kan stick note milik peserta lelaki kepada peserta prempuan, supaya lebih sukar.

Kesimpulan:

- Kadangkala kita rasa kita kenal kawan, tapi sebenarnya banyak lagi yg kita tak tahu.

2 Response to "Krisis Identiti"

.
gravatar
Anonymous Says....

overall, objective modul utk ice break tu ada...nak bg cadangan sket, soalan mengenai identiti baru tu patut diletakkan syarat lebih sket , seperti tak boleh tanya soklan yang menjurus kpd keadaan fizikal...mungkin nak lebih menarik, dlm stick note tu kita boleh tulis hobi atau cita-cita sendiri...mana2 pon bleh, yang penting pembawakan fasi dlm menjalankan modul ni supaya objektif ice breaking tercapai.

TQ

ilman

.
gravatar
Anonymous Says....

modul ni bleh utk games gak.. kat atas kertas tu tulis apa2 je

possibility utk diorg tahu nama sape yg diorg dpt tu ada.. especially dlm kump kecik.. so ilmannyer suggestion tu bagus gk

Leave A Reply