31 October 2009

"Apa kaitan(nya) dengan saya?"


Tajuk: Apa kaitan(nya) dengan saya?


Objective:

- membawa peserta memikirkan tentang aktiviti dalam kehidupan seharian.

- mengurangkan perkara-perkara

sampingan yg kurang membawa manfaat, supaya lebih fokus dalam hidup.


Persediaan:

- kertas A4

- pen


Perlaksanaan:


1. Fasi meminta peserta melukis satu jadual dengan 3 column.


2. Faci meminta peserta menyenaraikan perkara yg dirasakan penting dalam hidupnya pada column pertama (kiri sekali). Perkara yg ingin disenaraikan adalah bebas, termasuklah:

a. perbuatan dlm kehidupan seharian, Contoh, dengar MP3, (ada orang kalau sehari tak dengar lagu, hidup tak tenteram) , melayari internet, game, facebook, e.t.c.

b. prinsip yg dipegang ,contoh “Sy rasa penting setiap hari untuk membuat

orang senyum/gembira”..

c. Orang yg disayangi e.g Ibu-bapa, rakan-rakan (specific jika ada)


3. Setelah selesai, isi column kedua

(column tengah) dengan kaitan (dan kepentingan)

perkara tersebut dengan dirinya, manfaat diperoleh e.t.c.

4. Setelah selesai, berdasarkan hadith


"Antara keelokkan Islam seseorang itu, dia meninggalkan perkara yang tiada kena mengena dengannya" (Dikeluarkan oleh Imam AhmaD)




Fasi membuat ulasan trhadap apa

yg ditulis oleh peserta.

Jika didapati kurang kaitan, maka seharusnya faci menasihati agar dikurangkan perkara tersebut dlm kehidupan seharian (ye la, dah terbukti xde kaitan/manfaat, mengapa perlu buat lebih2?)


Column terakhir boleh digunakan untuk mencatat ulasan fasi.. atau boleh digunakan sebagai catatan perancangan masa hadapan.


Contoh tindakan: Kurangkan tngok kartun


Berikut adalah contoh jadual & ulasan:


Perkara dirasakan penting dalam kehidupan seharian

Kaitan dengan diri

(diisi peserta)

Catatan/Komen/Tindakan

(actually lebih kepada ulasan/trigger dari fasi)

Makan

Utk tenaga & zat untuk meneruskan kehidupan

Mandi

Utk menjaga kebersihan mengelakkan penyakit

Tengok TV

- Kartun

- Movie

- Kartun & movie. Aktiviti santai me’rehat’kan minda.

Kaitan:

(sila berikan jika ada)

*Faci kena pandai trigger

- Kenapa memilih TV sbagai aktiviti rehat?

- Tidur adalah rehat terbaik.

Baca surat khabar

- Berita utama

- Sukan

- Hiburan (artis)

-

Sukan & hiburan

- Mendapat info terkini supaya tidak ketinggalan diperlekeh kawan.

Kaitan:

- Apakah kaitan artis/bintang sukan dengan diri anda?

- Apakah kaitan pasukan bola dengan diri anda? (bukan anda sendiri yg main pun)

Study

Kaitan :

kalau xstudy, exam tak cemerlang. Exam tak cemerlang. Susah nk sambung blajar. Susah dapat kerja. Jadi... study sangat berkait rapat dengan kehidupan..

Membaca al-Quran

Kaitan:

Sebagai bekal di akhirat.

Keluar bersama rakan

Kaitan:

- Merapatkan ukhuwwah.

- Tapi harus ingat membahagikan masa & priority

Bersukan

Kaitan:

- Untuk menjaga kesihatan

- Merapatkan ukhuwwah

Mendengar MP3

Kaitan:

(sila berikan jika ada)

*Faci kena pandai trigger

Membaca

- Komik

- Novel

- Buku ilmiah

Kaitan:

(sila berikan jika ada)

Komik:

- Its true we need a break. Tp jngan smpai melampau.

- Komik hanya mengajak pembaca hidup dlm dunia khayalan. Hati2.

Novel:

- Tambah vocabulary

- Mendapat ilham/pengalaman.

- Seperti komik, kadangkala boleh membawa pembaca hidup dlm dunia angan2. Moderate consumption is advisable.

Lain2..

Contoh; ibu bapa, lain2 hobi,

Siapa suka TomYam?

Siapa suka Tom Yam?

(Nota: Modul ni sesuai buat waktu petang/mlm, ketika peserta sedang lapar menunggu waktu makan)

Siapa suka Tom Yam? Tom Yam apakah yg menjadi kegemaran anda? Tomyam ayam? Udang? Seafood? Campur?

Baiklah, abg (fasi) ingin semua:

- Bayangkan tom yam kegemaran anda (e.g dalam mangkuk besar, isi bnyak e.t.c)

- Bayangkan secara jelas (vivid) anda segang memegang mangkuk Tomyam tu. Anda memerhatikan Tomyam tu dengan jelas, warna, tekstur isi2.

- Bawa Tomyam tu dan hidu (bau Tomyam yg masih berasap) tu.

- Hirup sedikit kuah Tomyam . Masam, pedas.. Sedap kan?

*tamat sesi imaginasi*


Baiklah sekrang, apakah yg sedang berlaku dalam mulut anda (peserta)?

Ada xperasan mcm keluar air liur dalam mulut? (water brash?)

Tapi berbalik kepada reality, adakah Tomyam betul2 wujud dalam mulut anda?


(Kesimpulan) Kepercayaan dapat mengubah proses biokimia dlm badan anda !!


Mengapakah sesetengah kita menghadapi kesukaran dalam subject sejarah? Sesetengahnya baru nk buka buku sudah mengantuk. Buku berjaya dibaca, tidak faham pula.

Ini adalah kerana (otak) kita percaya subject sejarah itu membosankan, susah e.t.c.

Kaitan dengan aktiviti tadi, semasa membayangkan Tomyam, badan kita menghasilkan tindakbalas sebagai persediaan untuk makan (walaupun sebenarnya takde pun Tomyam)..

..itu adalah kerana kita percaya kita betul2 akan makan Tomyam!

Kelenjar liur dan sistem penghadaman kita bersedia menerima kedatangan Tomyam.

Bring it on!

Maka, apabila kita percaya subject sejarah subject yg menarik, maka tindak balas kimia (yg lebih kurang sama) akan terhasil. Otak akan lebih bersedia untuk mendaftar idea, memproses idea, merumus idea dan pelbagai lagi macam2 proses. Malah lebih cergas dan tahan lama (endurance) sbb seronok.

(sbb tu orang boleh tngok movie 2 jam lebih tak rasa penat, sebab seronok. Study? 20 minit dah ngantuk)

Jika benci & berfikiran negative?

Kesannya adalah sebaliknya.

Fikir2kanlah.

30 October 2009

Solat melatih menjadi insan bermatlamat

Solat – Melatih menjadi insan bermatlamat

Diadaptasikan dari buku 55 Petua Orang Berjaya (tulisan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof)

Pernahkan kita memerhatikan bagaimana solat mendidik kita untuk menjadi insan bermatlamat dan berjaya?

Walaupun tidak diwajibkan untuk menyebut lafaz niat (ingat, niat pada hati, bukan pada sebutan lidah semata2), namun perhatikan contoh, apabila seseorang melakukan solat zohor, berikut adalah beberapa aspek yg boleh diperhatikan:

Kerja : Solat

Jenis : Zohor

Sifat Kerja : Empat rakaat

Bagaimana : Berjemaah

Proses : Perlu berwudu’ dahulu. Setiap rukun kemudiannya dijalankan dengan tertib

Matlamat : Mendapat keredhaan Allah & Balasan Syurga yg kekal abadi

Mengambil pengajaran daripada contoh di atas, Faci boleh mencuba mengadaptasikan input baru ini kepada pelajar2. Cuba kaitkan dengan cita-cita dan matlamat pelajar (secara individu).

Contoh:

Matlamat : Usahawan / Businessman

Produk : Keropok Lekor

Jenis Perniagaan: Francais Antarabangsa

Target Jualan : Rm100 juta setahun

Tempoh : 15 tahun selepas menjalankan bisnes

Masa : Memulakan bisnes 3 tahun dari sekarang.

Persediaan/proses:

Lulus SPM dengan cemerlang. Ambil diploma dlm perniagaan (ada ke?).

Buat proposal & pinjaman. Mencari kenalan & kawan untuk membantu..



.. . . dan sebagainya..

Selamat mencuba.

(^_^)


p/s:

Faci boleh mengubahsuai subjek/issue mengikut cita-cita pelajar. Contoh kalau mahu jadi guru, xpayah la “target jualan”.