16 July 2010
Surat Wasiat kepada Allah
Posted on 7/16/2010 by s_eth
- Sekeping kertas.
- Pen berdakwat.
- Pensil (kalau takde pen)
Perlaksanaan:
Sesi menulis surat wasiat ini biasanya dilakukan pada sesi akhir sesuatu program.
Sesuai dilaksanakan untuk self-reflection, dan juga boleh dijadikan sebagai peringatan tak langusng kepada pelajar post-program.
Kebiasaannya surat wasiat ini ditujukan kepada ibu bapa.
Walaupun konsepnya agak serupa, cuma bezanya, surat wasiat ini ditujukan kepada al-Khaliq, dan bukannya makhluk (e.g. ibu bapa)..
Kerana apabila tindakan, misi & tujuan hidup kita disandarkan pada makhluk, ianya adalah satu sandaran yang rapuh.
Apabila tujuan kita disandarkan pada al-Khaliq, (Pencipta) & Tuhan sekalian alam, insyaAllah kita telah meletakkan tujuan & harapan pada sesuatu sandaran yg jauh lebih besar & hebat.
Cara2:
1. Minta pelajar mengeluarkan kertas & pen.
2. Tenangkan, dan lapangkan fikiran pelajar-pelajar.
3. Minta tulis 'dialog berikut'
Wahai Allah, Engkau Tuhan aku.
Engkau telah berikan aku kehidupan,
Engkau telah berikan aku mata untuk melihat..
Engkau telah berikan aku telinga, dengannya aku mendengar..
Engkau telah berikan aku tangan, dengannya aku memegang, berkerja..
Dan dengan tangan ini, aku menulis, dan berjanji...
Aku akan....
(e.g.) boleh diubahsuai...
- belajar bersungguh-sungguh, demi mencapai cita-citaku..
- menjadi seorang yang berdisplin, tekun, rajin, e.t.c...
- dan dengannya aku akan memartabatkan Islam di muka bumi ini..
..
Ya Allah, dengan tangan ini aku menulis,
Dengan mata ini aku melihat..
Dengan hati ini aku berikrar..
Ya Allah, saksikanlah !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Surat Wasiat kepada Allah"
Leave A Reply