07 March 2010

Lukisan Wajah...

Posted on 3/07/2010 by mtc


Objektif:

1. Kenal sahabat melalui luaran dan dalaman.
2. Mengenal pasti ciri-ciri yang ada padanya.
3. Menghargai sahabat yang baru dikenali.


Perlaksanaan:

1. Fasi memberi bertanya kepada peserta, tangan apakah yang biasa digunakan untuk menulis.
2. Fasi memberi arahan agar peserta melukis wajah kawan di sebelah kanan/kiri dengan menggunakan tangan yang tidak dominan.
3. Kemudian, fasi perlu mengumpul semula gambar-gambar dan beri semula kepada peserta secara rawak.
4. Peserta diminta untuk menyatakan ciri-ciri pada lukisan diberi dan teka wajah siapakah yang dilukis.


Kesimpulan:


1. Jika kita berusaha untuk melukis wajah sahabat kita walaupun agak sukar, begitulah kita harus berusaha untuk mengenal siapakah dirinya.
2. Ciri-ciri/ sifat yang digambarkan melalui lukisan wajah mungkin ada benarnya.
3. kita harus belajar untuk menerima sahabat kita seadanya.


"Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun?"
(Surah Maryam:67)


No Response to "Lukisan Wajah..."

Leave A Reply