20 March 2010

MORE modules !!



Can't get enough?









Click on " CATEGORIES " for more !!

07 March 2010

Lukisan Wajah...


Objektif:

1. Kenal sahabat melalui luaran dan dalaman.
2. Mengenal pasti ciri-ciri yang ada padanya.
3. Menghargai sahabat yang baru dikenali.


Perlaksanaan:

1. Fasi memberi bertanya kepada peserta, tangan apakah yang biasa digunakan untuk menulis.
2. Fasi memberi arahan agar peserta melukis wajah kawan di sebelah kanan/kiri dengan menggunakan tangan yang tidak dominan.
3. Kemudian, fasi perlu mengumpul semula gambar-gambar dan beri semula kepada peserta secara rawak.
4. Peserta diminta untuk menyatakan ciri-ciri pada lukisan diberi dan teka wajah siapakah yang dilukis.


Kesimpulan:


1. Jika kita berusaha untuk melukis wajah sahabat kita walaupun agak sukar, begitulah kita harus berusaha untuk mengenal siapakah dirinya.
2. Ciri-ciri/ sifat yang digambarkan melalui lukisan wajah mungkin ada benarnya.
3. kita harus belajar untuk menerima sahabat kita seadanya.


"Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun?"
(Surah Maryam:67)


Kapal OKU ...


Objektif:

1. Mengenal potensi dan bakat yang ada pada diri.
2. Menghargai dan mensyukuri potensi kurniaan Illahi.
3. Menggunakan potensi yang ada untuk kebaikan.


Pelaksanan:

1. Asingkan peserta lelaki dan perempuan.
2. Peserta masing2 diberi watak berikut:

- nakhoda tua yang lumpuh,photophobia tetapi boleh berkata kata.
- nakhoda muda yang pekak,baru sahaja menceburi bidang pelayaran,tidak tahu langsung tentang arah.
- anak kapal yang bisu tetapi celik dan boleh mendengar.

p/s: Mula-cari harta karun,hanya nakhoda tua sahaja yang tau lokasi dan arah,tetapi dia tidak boleh lihat matahari, kena membelakangi matahari. Nakhoda muda baru sahaja bekerja dan dia tidak tahu lokasi dan arah, dia boleh mendengar arahan. Anak- anak kapal tunjuk jalan tapi tidak boleh berkata.


Perbincangan:

1. Adakah boleh capai destinasi yang di tujui?
2. Adakah kelemahan menjadi penghalang kejayaan adik2?
3. Adakah adik adik yang sempurna sifat mampu lakukan lebih dari apa yang kita fikirkan?
4. Boleh berjaya atau tidak jika adik berseorangan?


Kesimpulan:


Manusia diberi kelemahan untuk masing masing mencari kebolehan yang ada untuk ‘overcome’ kelemahan tersebut. Contoh seperti orang buta,xda kebolehan melihat tetapi deria yang lain menjadi lebih hebat dari orang biasa,telinga lebih peka .

1. Kekurangan tidak membataskan kemampuan.
2. Jangan jadikan kekurangan sebagai alasan di sebalik kegagalan. Sebaliknya, jadikanlah ia sebagai cabaran yang perlu diatasi.
3. Potensi diri dapat dicungkil dalam keadaan yang konflik.
4. Konflik adalah penyebab dan punca untuk mencungkil potensi dan kebolehan diri.
5. Jika adik-adik tidak dapat menghasilkan apa-apa,kesimpulan yang dapat dibuat adalah:

- Lihat realiti yang ada sekarang. Berapa ramaikah OKU yang tidak berjaya?
- Setiap kesusahan pasti ada kesenangan . (surah al-insyirah)
- Setiap orang mempunyai kebolehan dan potensi diri masing-masing.
- Untuk berjaya, kelemahan itu perlu diatasi sebaik mungkin dan berusaha tanpa putus asa.

6. Jika ada adik-adik yang dipinggirkan, kesimpulan adalah:

- Mengapa kita pinggirkan kawan-kawan kita? Adakah kerana kita merasakan mereka kurang kebolahan dan potensi?
- Adakah wajar kita mengetepikan kawan-kawan yang kurang upaya dan memandang rendah terhadap orang lain?
- Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Jangan berasa rendah diri jika orang lain tidak menghargai kita malah meminggirkan kita.
- Kita perlu menunjukkan kelebiahn diri agar tidak ditindas. Dan paling penting adalah untuk sentiasa bekerjasama dan dapat menerima semua orang disekeliling kita dengan ikhlas.


"Apakah engkau tidak memperhatikan, bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhkan- Nya tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sungguh pada yang demikian terdapat tanda-tanda bag orang- orang yang mempunyai akal yang sihat." (az-Zumar: 21)