20 December 2009

Biarkan ia berlalu

Posted on 12/20/2009 by mtc



Objektif
:

1. Kepentingan fokus dan kehadiran hati semasa program.
2. Melahirkan rasa ikhlas untuk melaksanakan segala aktiviti yang ada.
3. Lupakan seketika hal- hal yang tidak berkaitan ketika menjalani program.


Bahan:

kertas A4, pen, belon


Perlaksanaan:

1. Fasi meminta peserta untuk menulis beberapa perkara seperti objektif, harapan, dan apa yang bakal di buat sekiranya tidak menyertai program di atas sehelai kertas A4.
2. Kemudian, kertas akan digulung kecil dan dimasukkan ke dalam belon.
3. Belon ditiup dan dilepaskan bersama- sama ke udara.


Kesimpulan:

1. Menghadirkan hati dalam majlis ilmu sangat dititikberatkan.
2. Kehadiran hati bersama jasadi mampu melahirkan keikhlasan dalam setiap perlakuan.
3. Kita harus bijak menapis dan meletak tepi seketika segala hal yang kurang berkepentingan pada masa tertentu terutama semasa program.


"Orang yang bijak bukan sahaja dapat membezakan antara kejahatan dengan keburukan tetapi dapat mencari kebaikan antara dua kejahatan."

~Saidina Ali~

No Response to "Biarkan ia berlalu"

Leave A Reply