23 December 2009

Pokok Kelapa vs Anda

Tajuk : Pokok Kelapa & Anda

Objective:

- Mengambil pengajaran dari pokok kelapa dan manfaatnya kepada manusia

Persediaan:

- Akal yg sihat

- Pokok kelapa (jika ada berdekatan)

- Gambar/ pokok kelapa (optional)

Perlaksanaan:

1. Faci memulakan dengan trigger: “Tahukah adik2 pokok kelapa? Ok senaraikan 10 manfaat pokok kelapa kepada manusia.”

2. Minta pelajar senaraikan pada kertas A4

3. Teruskan dengan trigger seterusnya. “Ok, terbalikkan kertas. Sekarang, tulis pula 10 manfaat anda kepada manusia lain.”

4. Trigger tambahan (optional, especially kepada yg tak cukup 10).. “ternyata pokok kelapa lagi bnyak manfaat dari anda semua. Kalau camni, baik semua org tanam pokok kelapa je”

5. Truskan dengan sesi kesimpulan

Kesimpulan:

1. Kita gagal memikirkan manfaat kerana memang sebelum ni kita tidak pernah memikirnya pun..

2. Manfaat kita kepada orang lain sangat luas. Contoh:

- Ajar kawan ilmu matematik.

- Sedekah kpd fakir miskin

- Tolong ibu-bapa

- Anak yg mendoakan ibu-bapanya

- Sahabat yg mendoakan semasa ketiadaannya

- Menegur rakan apabila melakukan kesilapan

- Membuang duri dari jalanan.

- Menziarahi sewaktu sakit.

- Pemerintah (ketua) yg memerintah dengan adil.

- Seseorang yg mewaqafkan harta bendanya untuk kegunaan orang lain.

3. Berikan penekanan pada konsep “Erti Hidup pada Memberi’. Lg bnyak kita beri, lg banyak kita dapat, dunia dan akhirat, insyallah..

20 December 2009

Biarkan ia berlalu



Objektif
:

1. Kepentingan fokus dan kehadiran hati semasa program.
2. Melahirkan rasa ikhlas untuk melaksanakan segala aktiviti yang ada.
3. Lupakan seketika hal- hal yang tidak berkaitan ketika menjalani program.


Bahan:

kertas A4, pen, belon


Perlaksanaan:

1. Fasi meminta peserta untuk menulis beberapa perkara seperti objektif, harapan, dan apa yang bakal di buat sekiranya tidak menyertai program di atas sehelai kertas A4.
2. Kemudian, kertas akan digulung kecil dan dimasukkan ke dalam belon.
3. Belon ditiup dan dilepaskan bersama- sama ke udara.


Kesimpulan:

1. Menghadirkan hati dalam majlis ilmu sangat dititikberatkan.
2. Kehadiran hati bersama jasadi mampu melahirkan keikhlasan dalam setiap perlakuan.
3. Kita harus bijak menapis dan meletak tepi seketika segala hal yang kurang berkepentingan pada masa tertentu terutama semasa program.


"Orang yang bijak bukan sahaja dapat membezakan antara kejahatan dengan keburukan tetapi dapat mencari kebaikan antara dua kejahatan."

~Saidina Ali~

07 December 2009

Round Robin


Objektif:

1. Berkenalan dengan semua sahabat baru.
2. Menjalin hubungan baik dengan sahabat dan fasi.


Pelaksanaan:

1. Peserta akan ditanya tentang cita-cita mereka.
2. Kemudian peserta akan diberikan tag nama kosong.
3. Mereka hendaklah mengisikan tag nama masing2 dengan nama panggilan beserta jawatan untuk cita- cita mereka itu. (cth: Dr, Ir, dll.)
4. Peserta memperkenalkan diri masing- masing dengan mengayakan cita-cita mereka.
5. Fasi juga boleh mengingatkan adik-adik untuk memanggil nama kawan dengan nama dalam tag itu.


Kesimpulan:

1. Setiap insan dikurniakan nama yang mulia dan ada maksud di sebaliknya.
2. Memanggil nama yang baik itu merupakan suatu doa.
3. Meletakkan panggilan jawatan di hadapan nama adalah sebagai penyuntik semangat adik- adik untuk merialisasikannya.


"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia keserendah-rendah peringkat orang yang rendah."
(surah at-Tiin:4-5)