01 November 2009

Telur-Telur tu..

Posted on 11/01/2009 by s_eth


** modul ni agak kontroversial. Nk minta pendapat rakan2 skalian mengenai kesesuaian perlaksanaan modul ni **

Objektif:
  • menjelaskan kepentingan memahami makna bahasa Arab dalam penghayatan ibadah (esp solat)
Perlaksanaan (Modul Mass):
  • PERHATIAN : Modul ni sesuai untuk pelajar Muslim sahaja. (Head Fasi take note!). Ia mungkin mengganggu sensitiviti sesetengah kaum.

1. Kumpulkan pelajar dalam mass.
2. Tayangkan video ini:



3. Faci boleh meminta pelajar ikut gerakan/sebutan bg memeriahkan keadaan.
4. Setelah beberapa minit, tenangkan pelajar sebelum teruskan sesi kesimpulan. Pastikan keadaan menjadi tenang dan serius sebelum faci memulakan kesimpulan.
5. Boleh juga meminta beberapa wakil pelajar untuk tampil ke hadapan memberikan kesimpulan.

Kesimpulan:

Antara soalan/trigger yg boleh diberikan:
  • "Apakah pendapat anda tentang orang yg hanya mengikut2 tanpa faham makna/tujuan perbuatan itu?"
  • Sia-sia?
  • Orang yg baca Quran /Solat (tanpa faham maksud) serupa dengan sebut sebutan hindi (tak faham maksud jugak).
  • Tak mencapai objektif? (tujuan - dalam konteks modul ni, ibadah)
Kesimpulan lain:
  • Benar walaupun xfaham, kita dapat pahala.. Namun, berusahalah meningkatkan ilmu (walaupun sukar) supaya faham. Ibadah yg terbaik ialah ibadah yg disertai ilmu.
  • Jangan ikut semata2. Untuk mendapat penghayatan, haruslah berusaha sndiri mencarinya.

p/s:
Ok kah modul ini?
Sesuai? Tak sesuai?
Ok je? Ke tak senonoh?

2 Response to "Telur-Telur tu.."

.
gravatar
apeszn Says....

ni buat senaman pagi pun ok....utk naikkan mood mereka....

masalah:-
1. perlu projector n laptop
2. lambat nak set up
3. skali tgk nak terus ikut mcm susah...
4. racist?
5. boleh tambah objectif lain2 kot...

cadangan solusis;-
1. prep n tech kene proaktv, siap2kan mawal2 sblm aktvti berjalan...
2. buat la keje laju2...
3. face demo dulu 1,2X gerakan tarian b4 buka video ni....
4. x sanagt kot...tujauan asal macam suke2 je kan...nak joget2....
5. jangan tiap2 hari nuat bende2 rutin tanpa tau ape tujuan ...eg belajar,g sekolah , makan, tdo dsb....

wallahualam....

.
gravatar
Hisservant Says....

1. kalau boleh dapatkan maksud sebenar lagu ni ataupun at least apa message dia (lagu cinta ke?)

2. contoh kalau lagu cinta, mungkin boleh letakkan adik2 dalam situasi. A tengah confess pada B cakap sayang, rindu etc, tapi B ingat A tengah cakap pasal telur lah, beg wanita lah..

3. apa perasaan adik2 kalau jadi A, nak confesss tapi tak kesampaian.

4. apa perasaan adik2 kalau jadi B, apahal orang ni cakap pelik2.

5. kalau situasi ni berlanjutan tanpa intervention, message tak sampai. Cinta A kepada B tak diketahui. apa perasaan A yang sangat cintakan B? apa perasaan B yang sebnarnya cintakan A juga, dan berharap A confess pada dia, tiba2 A datang cakap sesuatu yang dia tak faham?

6. kalau adik2 jadi B apa adik2 buat? cuba clarify apa yg A cakap?

tergantung di sini. sila sambung sendiri.

Leave A Reply