04 November 2009
Baby Lesson
Tajuk : Baby Lesson
Objective:
- Mengambil pengajaran dari seorang bayi.
Persediaan:
- Akal yg sihat
- Gambar/ video baby (optional)
Perlaksanaan:
1. Faci memulakan dengan trigger: “Baby” Apakah yg anda terbayangkan?
2. Bincangkan (boleh juga minta tulis di atas kertas dan baca, bagi kumpulan yg agak pasif)
3. Teruskan dengan kesimpulan.
Variasi modul – boleh dijadikan Mass, pembentangan antara group.
1. Faci boleh meminta pelajar menulis ciri2 seorang baby pada kertas mahjong (kalau nk canggih, guna laptop & projector, tapi faci kena ‘baik hati & redho kasi pinjam la.. berkorban la katakana, insyaAllah xrosak punya.. huhu)
2. Faci menerangkan bahawa terdapat beberapa ciri khas pada baby yg dikehendaki. Kumpulan paling hampir dengan ciri yg ditentukan dikira pemenang.
3. Kemudiannya peserta boleh bentangkan idea masing2.
4. Faci akan menilai idea pembentangan. Kumpulan yg paling dekat kesimpulan/pengajaran dikira pemenang.
Kesimpulan:
1. Baby : baring > pusing > merangkak > berdiri > berjalan > berlari. Kesemuanya mengikut turutan! Step-by-step.
2. Tiada bayi yg dilahirkan terus boleh berlari. Begitu juga dengan orang yg berjaya. Mereka semua melalui proses untuk berjaya.
3. Observant.
Melihat contoh dan ikut. Contoh, melihat parents boleh jalan, dia pun nk bangun n jalan. Tengok parents pakai baju/tudung. Dia pun amik kain & serkup kepala.
4. Baby: Berdiri; jatuh. Berjalan; tersungkur. Ya benar baby menangis, namun pernahkah anda melihat baby yg merajuk dan takut terus tak nak belajar jalan? – Tiap2 hari baby gagal (dan sakit! Sbb jatuh).. tapi bagaimana pula dengan kita? Takut gagal sebelum mencuba. Itu pun x sakit..
5. Baby : kreatif dan berusaha mencari jalan.
Contoh 1
· Berdiri, jatuh. Cari tiang/dinding, pegang 2 tangan.. Dah stabil.. pegang 1 tangan.. lepas... berjaya.
Contoh 2
· Nak makan coklat. Mintak mak. Mak tak kasi. Buat muka manja. Mak tak kasi. Nangis. Mak tak kasi. Nangis kuat2, baring & jerit2 atas lantai. “Ok la, mak kasi.. tapi lepas ni diam!” (dah dapat coklat mesti la diam, mmg tu pun tujuan dia nangis) - *huhu sori contoh tak berape senonoh.
Pengajaran?
· Kreatif mencari jalan.
· Step-by-step: memula mintak lembut. Lepas tu pujuk. Tak jadi, nangis. Tak jadi jugak... tantrum (huhu).
· Berani mencuba dan mengambil risiko (kalau nangis, kena pukul camne?) tapi still berani jugak.
· Keinginan yg kuat dan memuncak (“Bila aku kata nk coklat, nak jugak..! Mak kena bagi.. I’ll get what i want!”)
6. Kita semua pernah jadi baby. Kalau dulu kita berusaha dan berjaya (berjaya berdiri, berlari), kenapa sekarang tidak lagi?
=)
1 Response to "Baby Lesson"
hmm menarik..
Leave A Reply