11 May 2010

Janji Setia !



Objektif:


1. Membina kesatuan dalam kumpulan.
2. Meransang gerak kerja bersama-sama.
3. Menjalin ikatan yang kuat antara satu sama lain (peserta).

Bahan:


1. Kad manila
2. pen marker

Pelaksanaan
:

1. Peserta- peserta dibekalkan sekeping kad manila.
2. Pilih 1 bentuk.
3. Kemudian peserta harus melukis bentuk pada kad manila.
4. Peserta diminta membuat pembahagian mengikut bilangan peserta.
5. Setiap bahagian mewakili setiap ahli kumpulan.
6. Mereka diminta menjaga ‘bahagian’ itu sebagai barang amanah.

Kesimpulan:

1. Sesuatu tugasan akan menjadi mudah jika dibuat bersama-sama.
2. Setiap ahli kumpulan mempinyai tanggungjawan untuk menjaga amanah masing-masing.
3. Kepercayaan yang dibina dalam sesebuah kumpulan, akan melahirkan kesatuan dalam kumpulan/ persatuan/ organisasi.


"Dan mengapa setiap kali mereka mengikat janji, sekelompok mereka melanggarnya? Sedangkan sebahagian besar mereka tidak beriman."
(al- Baqarah: 100)



10 May 2010

Jom Makan Biskut..!




VS BISKUT




Nani: Apa beza antara kedua-dua biskut di atas?


Nana: Biskut pertama boleh makan, biskut kedua tak boleh.

Nani: Setuju. Kemudian, apa lagi?

Nana: Yang pertama ada resepi. Yang lagi satu tiada.

Nani: Betul. Lagi?

Nana: Yang pertama boleh di pegang dan di rasa. Yang kedua hanya boleh di baca.

Nani: Tepat. Begitu juga jika ingin memahami siapa itu mukmin/ insan cemerlang. Seharusnya kita mengalami dan merasai. Kemudian barulah kita mampu untuk memahami. Agak sukar jika kita hanya mendengar atau melihat tanpa mencuba atau mempraktikkannya. Sebagai contoh, kita mampu untuk merasai kemanisan iman, apabila kita melaksanakan apa yang disuruh oleh Tuhan.



** Boleh ditukar kepada menjadi seorang fasi/ pelajar/ hamba/ anak yang cemerlang dll..

“Dan Kami telah menurunkan kepadamu sebuah Kitab yang menjelaskan tentang setiap perkara (di samping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang Muslim.”
(an-Nahl: 89)

01 May 2010

Tauhid Module for kids..



Click picture to enlarge:



Reposted from Ustz Hasrizal's FB page..
(the emphasis is on Azra Banu's comment)