31 August 2009

Malaysiaku Gemilang ...!


Objektif:

1. Membina semangat setiakawan dan takaful.

2. Membentuk rasa saling mempercayai dan berkerjasama untuk maju.

3. Mendedahkan kepada peserta tentang suasana kehidupan di kampus.

4. Memupuk kesukarelawanan dalam diri peserta.

5. Berkongsi pengalaman dengan fasilitator.

Material:

Kertas A4

Perlaksanaan:

1. Setiap ahli diberikan jawatan menteri kabinet untuk sebuah negara. Mereka diberikan RM5 juta ringgit setiap seorang untuk menyiapkan bangunan kementerian masing-masing dan negara.

2. Mereka diberikan 20 minit untuk menyiapkan pelan masing-masing berdasarkan bajet yang diperuntukan, di atas sehelai kertas A4. Kemudian kesemua kertas dicantumkan menjadi sebuah negara.

3. Faci akan menilai perkara berikut:-

* jalan
* hospital
* janakuasa elektrik
* kompleks beli- belah
* perumahan
* hutan
* parlimen..dll

Rumusan:

1. Perlunya kerjasama antara satu sama lain untuk membina hidup yang lebih baik.
2. Perancangan juga perlu teliti.
3. Kepentingan peribadi perlu diketepikan berbanding kepentingan bersama.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, seakan- akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
(As-Saff: 4)

16 August 2009

Kuat Tak?


Objektif:

Memberi semangat untuk peserta menjadi muslim yang kuat.

Material:

Gelas, Kerusi, Meja, Tunggul Kayu atau batu besar.

Perlaksanaan:

1. Fasilitator meletak gelas, kerusi, meja, tunggul kayu dan batu di hadapan peserta.
2. Fasilitator mengarahkan setiap peserta cuba mengangkat beban berkenaan bermula dari ringan sehinggalah ke beban yang paling berat. Bagi beban yang tidak dapat diangkat, beri peserta 2 peluang untuk mengangkat.
3. Bincangkan aktiviti yang mereka lakukan sebentar tadi dengan Fasilitator menunjukkan hadis dalam Lampiran.

Rumusan:

Kenapa muslim yang kuat lebih disukai dari muslim yang lemah?
Bagaimana anda boleh menjadi muslim yang kuat?
Adakah kuat sahaja perlu kepada seorang muslim? Nyatakan lagi perkara yang perlu ada dalam diri seorang muslim.

Variasi:

Aktiviti ini boleh dipelbagaikan dengan menguji kekuatan seperti gusti langan, tarik tali atau sebagainya.


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada rang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan...”
(Riwayat Muslim)

Kau biskutku ...




Objektif:

1. Para peserta mengenali kesemua ahli kumpulannya.
2. Perkenalan antara peserta dan fasi menjadi lebih mesra.

Bahan:

Kotak dan gulungan-gulungan kertas yang mempunyai soalan-soalan tentang diri.

Perlaksanaan:

1. Fasilitator menyediakan kotak yang berisi pelbagai soalan seperti makanan yang disukai, ciri-ciri kawan idaman, kelakuan dibenci, perbuatan luar biasa yang biasa dilakukan, dan soalan-soalan lucu atau aneh yang difikirkan sesuai.
2. Para peserta dikehendaki menjawab soalan seikhlas mungkin.
3. Soalan diri yang lucu akan menggamatkan suasana!

Rumusan:

1. Perkenalan secara sihat akan melahirkan ikatan persaudaraan yang erat.
2. Keikhlasan dalam persahabatan akan beroleh rahmat dan pengampunan daripada Allah.


"Kamu tidak akn msuk syurga kecuali jika kamu beriman. Kamu tidak dikira beriman kecuali jika kamu saling berkasih-sayang. Hendaklah kamu jika aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya kamu akan saling berkasih-sayang? Sebarkanlah ucapan salam di antara kamu."
(HR Muslim: 81)